Zizan Razak Harap Dipertemukan Jodoh Dengan Wanita Solehah

Hiburan

Zizan Razak Harap Dipertemukan Jodoh Dengan Wanita Solehah

Beberapa hari lalu, selebriti popular Zizan Razak telah menyambut hari lahirnya yang ke 35 tahun.

Advertisement

Bersempena dengan hari istimewa itu, Zizan ada memberikan dedikasi buat dirinya sendiri. Meluahkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan berdoa agar dirinya dimurahkan rezeki, Zizan sempat juga bermohon agar dipertemukan jodoh dengan seorang wanita yang baik dan solehah.

Pada masa yang sama, Zizan turut mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa, keluarga serta peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokongnya selama ini.

Gosip cinta Zizan sering diperkatakan ramai, contohnya bersama Mira Filzah, walaupun agak mesra bersama, kedua-duanya memberitahu mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Apa-apa pun, kami ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Zizan, semoga hasrat anda untuk bertemu jodoh dengan seorang wanita yang solehah akan termakbul jua satu hari nanti.

Sumber Berita : Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

17 Comments

  1. kkkkk

    April 17, 2019 at 6:32 pm

    ni mesti sebab mira filzah dah lobos kan?
    bang jijan dah test la tu

    • Anonymous

      April 18, 2019 at 8:39 am

      HAHAHHAHAHAHA

  2. Anonymous

    April 17, 2019 at 4:24 pm

    Solehah kepala hotak kau zizan. Kalau da buaya tu buaya jugak. Nak yg perfect je. Dah dapat yg okay kau curang dasar buaya hidung belang. Elok la mira filzah reject x sesuai pun dgn kau

  3. minah jambu say

    April 17, 2019 at 4:04 pm

    boleh dapat ke ? hehehe tak payah la nak cari yg solehah sangat asalkn dapat bini baik pandai masak jaga rumah tanga suda laaa..yg penting jujur dn ikhlas setia dengan suami susah senang Bersama suami…nak cari yg solehah konon tak payah laaaaa…!!

  4. WickEd

    April 17, 2019 at 3:52 pm

    Mana Fira Filzah…lambat sgt bro

    • nuri

      April 17, 2019 at 4:02 pm

      s.jibeng dah minang si mira filzah tu..ko yg lembab

    • patah

      April 17, 2019 at 4:15 pm

      zizan mau wanita solehah. mira filzah tak solehah mana pun

  5. nani

    April 17, 2019 at 3:28 pm

    ko kawin ngan aspalela abdullah aje lah zizan oiii

    • ANON

      April 18, 2019 at 8:35 am

      RASANYA ZIZAN SYOK JUGAK KAT MIRA FILZAH TU. MSTI ADA HATI JUGAK. TAPI MIRA TAK LAYAN. RASANYAAAAA LAAAAA

    • Lembu Gemok

      April 18, 2019 at 9:24 am

      bodonya komen2 kat bawah…kalau kita pon, kita nak dapatkan wanita solehah gak..mmg laa lelaki kena bimbing isteri…kalau isteri jenis tak goona gak, ko bimbing cam mana pon tak masuk, ko masih ok ke? at least wanita solehah, bila dibimbing, akan mudah mengikut…kadang2 dia pon boleh tolong mana yang kita serong…saling melengkapi…..biar laa dia nak doakan cam tu..kita ni just aminkan je dah laa..dok negatif apa jadah lagi? bodo tak habis2 netizen ni nak nampak buruk jee…….!!!!

    • Anonymous

      April 18, 2019 at 11:03 am

      tak layan? sama juga merenyam

    • dua

      April 18, 2019 at 9:25 am

      ko boleh dpt isteri solehah zizan TAPI DGN SYARAT, ko jg mestilah seorg yg SOLEH.

      Allah Kata: lelaki baik utk perempuan baik, dan begitu sebaliknya…

Loading...