Zizan Razak Enggan Komen Isu Emma Maembong Sering Jadi Bahan Lawaknya

Hiburan

Zizan Razak Enggan Komen Isu Emma Maembong Sering Jadi Bahan Lawaknya

Baru-baru ini, Emma Maembong ada mengeluarkan kenyataan bahawa beliau kurang selesa apabila dijadikan bahan lawak Zizan Razak ketika mengacara kerana mereka berdua sudah tidak mempunyai sebarang hubungan lagi.

Advertisement

Berikut antara kenyataan Emma :-

Kami sama-sama dah move on, jadi kenapa setiap program yang dia ada mesti nak kena ‘bahan’ (mempersendakan) saya. Memanglah kadang-kadang tak sebut (nama) tapi orang semua tahu ianya seperti dituju kepada saya.

Saya pun dah tutup mulut tetapi sampai sekarang ni (dia) masih nak ‘bahan’ saya dan saya rasa perkara itu tidak bagus sebab saya dan keluarga saya pun ada perasaan juga.

Ditanya oleh wartawan mengenai luahan Emma, Zizan bagaimanapun tidak mahu memberikan sebarang komen mengenainya.

Saya faham awak ditugaskan untuk bertanyakan tentang perkara ini tetapi saya minta maaf, saya tiada apa-apa nak komen berhubung perkara itu.

Zizan juga tidak mahu memberikan sebarang kenyataan lanjut apabila ditanya adakah beliau akan merasa risau jika isu ini berpanjangan.

Dalam berjenaka kadang-kadang Zizan kena jaga sensitiviti sesetengah pihak. Jika Emma tidak merasa selesa kerana terus menjadi bahan lawak Zizan, adalah lebih baik untuk beliau tidak mengulangi perkara itu lagi. Saling menghormati betul tak?

Sumber Berita : mStar Online

 photo iphone.jpg

Sempena #MYCybersale2016 ini yang akan berlangsung dari 26-30 September, memang bermacam-macam promosi dan diskaun yang akan ditawarkan di Shopee. Anda boleh menang iPhone 7 (128 GB) yang baru dan juga nikmati diskaun sehingga 90% untuk pelbagai jenis product. Sekali tengok memang tak masuk akal jugak diskaun ni, tapi kita layan je, janji murah.

Abang Nara ingin kongsikan sedikit tentang Shopee Crazy Deals ni. Setiap hari semepna #MYCybersale2016 ini, 30 “Must Buy” items dari gajet, permainan kanak-kanak, perkakas ruang tamu, barangan kesihatan dan kecantikan, dan pakaian berjenama untuk kaum lelaki dan wanita akan di lelongkan dengan harga yang cukup MURAH! Diskaun sampai 90% beb!

Selain itu iPhone 7, anda berpeluang memenangi hadiah cukup awesome seperti pemanggang elektrik, Speaker Bluetooth JBL GO, tiket wayang Gold Class GSC dan jugak gift card Starbucks!
Kalau tak cukup jugak, ada lagi barangan yang akan dilelongkan dan jangan lupa tengok-tengok sikit dekat section “Brand Highlights” tu kerana pada setiap hari pelbagai jenama akan di promosikan.

Selamat membeli belah! Jom shopping di sini dan download app Shopee di sini!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...