Zizan Razak & Emma Maembong Bercumbuan Dalam Kapal Terbang?

Hiburan

Zizan Razak & Emma Maembong Bercumbuan Dalam Kapal Terbang?

Macam tak percaya apabila membaca ruangan Miss J di dalam Pancaindera semalam. Mana tidaknya, Zizan Razak dan Emma Maembong dikatakan bercumbuan di dalam kapal terbang semasa perjalanan mereka dari Kuala Lumpur ke Los Angeles. Sekali dengar memang tidak masuk akal, takkanlah hendak buat perkara sumbang sebegini di tempat yang begitu terbuka kan?

zizan emma maembong bercumbu

Advertisement

Lagipun Zizan dan Emma Maembong selama ini mempunyai imej yang baik di mata peminat. Namun manalah tahu perkara ini memang benar-benar terjadi. Orang mabuk bercinta kadangkala memang tidak sedar keadaan sekeliling. Abang Nara menyokong kata-kata Miss J yang menyarankan agar mereka berdua kahwin cepat-cepat sekiranya benar-benar sudah jatuh cinta. Tulis Miss J:-

Menurut teman Miss J itu, Zizan yang duduk bersebelahan Emma dalam kapal terbang tanpa segan silu bercumbuan. Tak kiralah, cium pipi juga salah satu aksi bercumbuan bukan?

Sekarang ini alasan apa lagi yang Zizan nak guna kalau banyak mata yang nampak perbuatan tu? Itulah, bila ditanya, mati-mati tak mengaku bercinta.

Baik Zizan atau Emma, dua-dua pun sama tak nak mengaku. Habis itu, cium-cium itu sebab sayang sebagai kawanlah? Macam itu? Ke sebab ada nyamuk kat pipi Emma? Kalau ada nyamuk tak payah cium, tampar pakai tangan pun boleh.

Apa pun, Miss J memang tak berkenanlah cara Zizan itu. Bukanlah sebab Miss J ini ortodoks atau konservatif sangat.

Iyalah, kalau nak cium boleh… kahwinlah cepat-cepat. Hati kalau dah suka, tunggu lama-lama buat apa? Betul tak?

miss j zizan emma

Sama-sama kita nantikan respon daripada Zizan dan Emma mengenai perkara ini. Mungkin juga Zizan sebenarnya sedang membisikkan sesuatu ke telinga Emma dan sudut pandangan menyebabkan nampak seperti mereka sedang bercium pipi. Macam-macam kemungkinan yang ada. Tak gitu? Info asal Utusan Malaysia.

P.S: Guna Microsoft Excel je buat lukisan superb ini

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...