February 10th, 2014

Sabtu lalu, telah pun berlangsung Anugerah MeleTOP Era 2013. Ini adalah kali pertama penganjuran majlis anugerah yang menyaksikan pemenang dipilih menerusi undian secara online dan SMS. Pemenang bagi setiap kategori (kesemua sekali 17 kategori) akan menerima wang tunai dan sebuah trofi. Anugerah MeleTOP Era 2013 telah dihoskan oleh AC Mizal, Nabil Ahmad dan Neelofa.

neelofa anugerah meletop

Agak pelik bukan pakaian Neelofa? Sekali pandang macam Power Rangers Pink. Hehe. Apa pun, pemenang besar Anugerah MeleTOP Era 2013 tak lain tak bukan ialah Zizan Razak. Zizan berjaya memenangi 4 kategori sekaligus membawa pulang RM35,000. Hafiz Suip pula membawa pulang RM15,000 selepas memenangi 3 kategori.

neelofa anugerah meletop

Tahniah diucapkan kepada kesemua pemenang. Semoga dengan kemenangan ini anda akan lebih bersemangat untuk memberikan yang terbaik di dalam bidang masing-masing. Keputusan penuh Anugerah MeleTOP Era 2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info AstroAwani.

Fesyen Meletop

1) Elfira Loy
2) Nora Danish
3) Nur Fazura
4) Shila Amzah
5) Zizan Razak (PEMENANG)

Couple Meletop

1) Aeril Zafrel & Wawa Zainal
2) Diana Amir & Habib
3) Fizo Omar & Mawar
4) Izzue Islam & Awin Nurin
5) Nabil Ahmad & Zira (PEMENANG)

Bintang Siber Meletop

1) Aaron Aziz
2) Dato’ Siti Nurhaliza
3) Emma Maembong
4) Najwa Latif
5) Zizan Razak (PEMENANG)

Artis Baru Meletop

1) Azhael
2) Faizul
3) Risteena Munim
4) Syafiq Kyle
5) Zara Zya (PEMENANG)

Program Radio Meletop

1) Carta Era 40
2) Carta Fulamak Sinar
3) Carta Meletop 40 Era
4) Johara Pagi Era (PEMENANG)
5) Sinar Pagi

Penyampai Baru Radio Meletop

1) Aril Era fm
2) Feeya Iskandar Sinar fm
3) Nabil Era fm (PEMENANG)
4) Shasha Al Khred Era fm
5) Zahid Era fm

Grup / Duo Meletop

1) Dato’ AC Mizal
2) Forteen
3) Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif feat Syamkamarul & Sleep
5) Zizan Razak & Kaka Azraff

Penyanyi Meletop

1) Akim
2) Dato’ Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip (PEMENANG)
4) Najwa Latif
5) Stacy

Lagu Meletop

1) Bahagiamu Deritaku: Hafiz Suip (PEMENANG)
2) Galau: Dato’ Siti Nurhaliza
3) Infiniti Cinta: Zizan Razak & Kaka Azraff
4) Muara Hati: Dato’ Siti Nurhaliza & Hafiz Suip
5) Kita : Forteen

Program TV Meletop

1) Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
2) Love You Mr. Arrogant
3) Maharaja Lawak Mega 2012 (PEMENANG)
4) Masterchef Selebriti Malaysia 2013
5) Super Spontan 2013

Bintang TV Meletop

1) Azlee Khairi: Love You Mr Arrogant
2) Jep: Super Spontan 2013 (PEMENANG)
3) Johan: Maharaja Lawak Mega 2012
4) Zara Zya: Love You Mr. Arrogant
5) Zizan Razak: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012

Bintang Filem Meletop

1) Aaron Aziz: KL Gangster 2 (PEMENANG)
2) Jep: Sepah the Movie
3) Siti Saleha: KL Zombie
4) Yana Samsudin: Minyak Dagu
5) Zizan Razak: KL Zombie

Filem Meletop

1) Highland Tower
2) KL Gangster 2 (PEMENANG)
3) KL Zombie
4) Lawak Ke Der?
5) Sepah the Movie

Artis Serantau Meletop

1) Afgan
2) Randy Pangalila
3) Sleeq (PEMENANG)
4) Smash
5) Tegar

Anugerah WeChat Meletop: Zizan Razak
Anugerah Top Top MeleTOP Wanita: Zara Zya
Anugerah Top Top MeleTOP Lelaki: Zizan Razak


Comments are closed.

Loading...