Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Dan Mira Filzah Kini Sedang Serius Bercinta?

Gosip percintaan Zizan Razak dan Mira Filzah bukanlah satu rahsia lagi. Malah, semua boleh lihat mereka berdua ini cukup mesra bersama meskipun menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Advertisement

Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, mereka sebenarnya agak rapat satu ketika dahulu namun terhenti sebentar sehinggalah baru-baru ini Zizan kembali bersahabat dengan Mira sehingga timbul bibit cinta didalam hati mereka berdua. Malah, katanya mereka kini sedang serius menjalinkan hubungan.

Sebelum ini memang Zizan dan Mira berkawan tetapi tidak sampai bercinta kerana pada waktu sama dramatis jelita itu berkawan rapat dengan pelakon yang kini menjadi sebutan ramai, Fattah Amin. Selepas hubungan mereka tergantung, Zizan kembali hadir dalam hidup Mira.

Pada awalnya, mereka mahu menyambung persahabatan yang terputus sebelum ini tetapi sepanjang tempoh itu timbul pula perasaan cinta. Kata teman media lagi, jika tidak silap mereka hubungan Zizan dan Mira dikatakan bertambah serius bermula awal tahun ini.

Bukan itu sahaja, menurut Cik Pang, ibu Zizan sendiri sudah berkenan dengan Mira apatah lagi ibu pelawak tersebut mahukan seorang menantu yang mempunyai ciri-ciri wanita muslimah.

Advertisement

Wah, kalau ibu Zizan sudah berkenan, apa tunggu lagi? Cepat-cepatlah jadikan Mira yang halal buat diri anda sebelum melepas. Hehe..

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top