Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta?

Hiburan

Zizan Razak Dan Emma Maembong Sah Bercinta?

Wow. Abang Nara kagum dengan hasil risikan serta kajian yang dilakukan oleh peminat-peminat Zizan Razak dan Emma Maembong yang mahukan 2 selebriti ini bercinta. Menerusi akaun Instagram ZizanEmmaLoveStory, banyak bukti-bukti yang dikongsikan memperkuatkan lagi khabar angin yang mereka berdua ini sedang dilamun angin cinta. Benar atau tidak? Hanya Zizan dan Emma sahaja yang tahu.

zizan dan emma maembong

Advertisement

Antara “hint” yang terbaru ialah apabila konsert akhir AF2013 berlangsung, Emma telah pun memberikan kata-kata perangsang kepada Zizan yang mengacarakan program realiti tersebut. Kedua-duanya menggunakan simbol “love” ketika berbalas mesej di Twitter. Sweet bukan?

zizan dan emma maembong

Malah Zizan juga pernah menulis “Miss you sayang” menerusi akaun Twitternya. Tidak lama selepas itu, Emma Maembong turut sama menulis status yang sama. Perkara-perkara kecil seperti ini telah berjaya dikesan oleh para peminat mereka menguatkan lagi anggapan ramai yang mereka berdua benar-benar bercinta.

zizan dan emma maembong

Abang Nara pasti ramai yang gembira dan terharu sekiranya Zizan atau Emma membuat pengakuan mengenai status masing-masing. Zizan sudah tentu antara jejaka yang dikejar ramai sementara Emma pula antara “hot girl” di dalam dunia hiburan. Abang Nara suka kalau mereka benar-benar bercinta. Memang padan, memang sama cantik sama kacak dan memang sama comel.

zizan dan emma maembong

Sama-samalah kita nantikan sama ada akan ada pengakuan daripada mereka berdua dalam masa yang terdekat ini. Buat masa ini, layankan lagi beberapa keping gambar mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

zizan dan emma maembong

P.S: Harga runtuh tahap maksimum daripada Ryaniez Moments Photography. Kalau anda nak berkahwin ketika musim cuti sekolah ini dan masih belum ada jurukamera, sila dapatkan khidmat mereka. Dijamin profesional, berkualiti dan harga berpatutan. Tak percaya? Tanya sendiri dengan PM mereka di Facebook Ryaniez Moments Photography atau SMS/Whatsapp nombor di atas. Memang thorrbaek!!!

zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong
zizan dan emma maembong

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...