Zizan Razak Bongkar Ramai Berhutang Tapi Enggan Bayar – “Bila Minta Bayar Semula Mereka Terus Hilang..”

Hiburan

Zizan Razak Bongkar Ramai Berhutang Tapi Enggan Bayar – “Bila Minta Bayar Semula Mereka Terus Hilang..”

Pelawak dan pelakon terkenal, Zizan Razak mendedahkan bahawa dia mengalami kerugian sehingga jutaan ringgit selepas ditipu oleh beberapa pihak yang mengambil kesempatan ke atasnya.

Memetik laporan OhBulan!, Zizan atau nama lengkapnya Mohd Razizan Abdul Razak mendakwa ada beberapa individu yang bertindak menghilangkan diri selepas diberikan pinjaman kewangan.

Advertisement

zizan razak

Yang isu scam itu bukan bisnes baju Melayu tapi perniagaan sebelum-sebelum ini.

 

 

Sebelum ini ada yang nak pinjam duit, ada juga yang nak jalinkan perniagaan dengan saya tapi bila minta bayaran semula mereka terus hilang.

Nilai mencecah jutaan juga. Untuk orang seperti saya, nilai itu memang besar.

Pelawak itu turut berkata, mereka yang sukar untuk membayar hutangnya itu bukanlah orang asing tetapi individu yang dikenalinya.

zizan razak

Yang rapat pun ada, tak rapat pun jadi rapat sebab duit.

 

Saya harap apa yang berlaku bukan dengan niat tapi tidak tahulah bila telefon tidak diangkat berbeza dengan awal-awal berkenalan dan mengajak berniaga.

 

Saya tetap bertanya tapi tidak mengemis. Dari kejar macam pengemis lebih baik saya memilih terus berkerja kerana Allah masih beri rezeki dan peluang.

Walau bagaimanapun, pelawak itu memaklumkan dirinya tidak menyimpan dendam sebaliknya menyerahkan kepada Allah SWT untuk membalas segala perbuatan mereka.

Kata Zizan, dia yakin individu yang tidak membayar hutang itu tidak akan mampu untuk hidup dengan tenang.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

3 months ago

"Sesak Nafas Nak Tampung Pelanggan..." - Pemilik Kafe Tak Jadi 'Gulung Tikar' Selepas Zizan Razak Datang Makan Di Kedai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : OhBulan!

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...