Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Razak Bawa Adik Amira Dan Aqila Naik Ferrari

Kemalangan jalan raya yang berlaku akibat daripada kegiatan lumba haram kereta pada awal bulan Mei telah mengorbankan tiga nyawa termasuk seorang bayi berusia 6 bulan dan sekaligus membuatkan dua orang lagi kanak-kanak, Nur Firuza Amira dan Nur Firuza Aqilah menjadi anak yatim piatu.

Insiden tersebut mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk artis-artis tempatan yang simpati dengan nasib dua kanak-kanak tersebut akibat daripada perbuatan mereka yang tidak bertanggungjawab dan mempertaruhkan nyawa orang lain di jalan raya.

Advertisement

Salah seorang artis yang turut melawat dan sehingga kini masih lagi cuba untuk menceriakan hati adik Amira dan Aqila ialah pelawak Zizan Razak.

Zizan semalam telah membawa  Amira dan Aqila jalan-jalan menaiki kenderaan Ferrari miliknya. Usaha murni Zizan ini mendapat pujian ramai dan rata-rata mendoakan kesejahteraan anak yatim piatu tersebut.

Terbaiklah Zizan Razak, kadang kala anak-anak kecil ini boleh lupa seketika penderitaan mereka dengan hanya seseorang itu memberikan perhatian dan menggembirakan hati mereka. Semoga adik Amira dan Aqila bertabah dan InshaAllah mereka akan selalu diberkati.

Sumber Berita: Instagram Zizan Razak

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama