June 6th, 2018

Sering dihimpit gosip percintaan, selebriti Zizan Razak bagaimanapun sehingga kini masih belum mempunyai teman istimewa. Berjaya dalam kariernya, ramai juga peminat tertanya bila agaknya Zizan ingin mendirikan rumah tangga.

Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan. Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.  Jadi, saya harus pilih yang terbaik.

Zizan akui beliau sebenarnya sudah mempunyai calon isteri tetapi tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut. Bagaimanapun, Zizan seakan memberikan bayangan bahawa orang ramai mungkin tahu ataupun mengenali calon isterinya itu.

Sudah tentu dia perempuan. Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan. Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut. Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama.

Wah, siapa agaknya wanita bertuah yang bakal disunting sebagai isteri Zizan? Mungkinkah beliau dikalangan artis terkenal yang sememangnya sedang rapat dan dikaitkan dengan pelawak itu sekarang? Ehem..

Sumber Berita : Astro Gempak


36 responses to “Zizan Razak Bakal Berkahwin, Beri ‘Hint’ Peminat Kenal Calon Isterinya Itu”

  1. Wat Rilek says:

    Dgn Mira Piljah?

    Elok sesangat… dua dua bangang…

    Kak Pai pikior le elok elok sebelum Zizang jadi menantu hang wkwkwk

  2. Anonymous says:

    klik saje ..TF Value Mart di Bentong..1 hari lepas

  3. ahmadpintu says:

    aku rasa semua org ada personaliti bila kerja dgn personaliti bila luar waktu kerja. aku rasa zizan ni sama je mcm rakyat normal. ada side serious dan teliti dia. bukan melawak sepanjang masa. kalau nak kelakar je 24jam, aku tak jamin ada perempuan pun yg komited utk stay. dont judge gais

Loading...