Zizan Razak Bakal Berkahwin, Beri ‘Hint’ Peminat Kenal Calon Isterinya Itu

Hiburan

Zizan Razak Bakal Berkahwin, Beri ‘Hint’ Peminat Kenal Calon Isterinya Itu

Sering dihimpit gosip percintaan, selebriti Zizan Razak bagaimanapun sehingga kini masih belum mempunyai teman istimewa. Berjaya dalam kariernya, ramai juga peminat tertanya bila agaknya Zizan ingin mendirikan rumah tangga.

Advertisement

Sebut soal kahwin, saya memang berniat untuk berkahwin dalam tempoh terdekat, bukan tahun ini mungkin tahun hadapan. Segalanya masih dalam perancangan. Saya tak mahulah nak kahwin sekadar nak kahwin, tetapi saya mahu hidup bahagia.  Jadi, saya harus pilih yang terbaik.

Zizan akui beliau sebenarnya sudah mempunyai calon isteri tetapi tidak mahu mendedahkan identiti wanita tersebut. Bagaimanapun, Zizan seakan memberikan bayangan bahawa orang ramai mungkin tahu ataupun mengenali calon isterinya itu.

Sudah tentu dia perempuan. Buat masa ini lebih baik saya rahsiakan, kami masih dalam proses berkenalan. Saya tahu anda pun sudah tahu cuma saya takkan sebut. Dia perlu sesuai dengan hidup saya dan memahami satu sama lain, bukan sekadar tidur bangun bersama.

Wah, siapa agaknya wanita bertuah yang bakal disunting sebagai isteri Zizan? Mungkinkah beliau dikalangan artis terkenal yang sememangnya sedang rapat dan dikaitkan dengan pelawak itu sekarang? Ehem..

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...