January 29th, 2015

Nampaknya populariti Zizan Razak tidak dapat disangkal lagi apabila menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah Meletop Era 2015.

Antara kategori yang Zizan Razak tercalon ialah Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP. Gandingan Zizan Razak bersama Kaka Azraff menerusi lagu Infiniti Cinta turut tercalon didalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Tahun ini merupakan tahun keduan Anugerah Meletop Era diadakan dan ia mempertandingkan 16 kategori dan memperkenalkan empat kategori baru  Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi setiap kategori Anugerah Meletop Era 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi – Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku – Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari – Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta – Zizan & Kaka
5) Malaikat – Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Tidak dapat dinafikan Zizan Razak mempunyai barisan peminat yang selalu menyokong kerjaya beliau dan sering menjadi perhatian ramai terutama sekali mengenai kisah percintaan beliau bersama Emma Maembong. Apa-apa pun semoga rezeki berpihak kepada beliau.

 


Comments are closed.

Loading...