March 4th, 2015

Digosipkan mempunyai hubungan istimewa bersama seorang penerbit stesen televisyen Astro, Zizan Razak yang sebelum ini tidak mahu membuka mulut telah tampil menjelaskan  status hubungan  mereka yang sebenar.

Buat Zizan, beliau menganggap Putri Yasmin tidak lebih daripada seorang kakak dan hubungan mereka adalah berdasarkan urusan kerja.

Hubungan kami hanya atas dasar kerja kerana dia pengurus dan bos saya sahaja, malah, juga saya anggap dia sebagai seorang kakak.

Zizan turut mengatakan gosip mengenai mereka adalah fitnah semata-mata dan kemesraan mereka sudah di salah tafsir. Pelawak tersebut tidak mahu perkara ini diperbesarkan lagi dan berharap pihak media dapat memberikan beliau sedikit ruang untuk menangani isu panas ini.

Saya tidak tahu ini fitnah jenis apa dan saya tidak mahu ia diperbesarkan lagi. Saya juga harap pihak media memberi saya bernafas untuk menjawab isu ini.

Tidak apalah Zizan, sekurang-kurangnya anda sudah menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat agar tiada lagi yang membuat andaian mereka tersendiri.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...