Zizan Dimasukkan Hospital Akibat Keradangan Otot

Hiburan

Zizan Dimasukkan Hospital Akibat Keradangan Otot

Bukan mudah menjadi seorang artis. Jadual kerja yang padat kadang-kadang boleh menyebabkan kepenatan tahap maksima. Mungkin itu yang terjadi kepada Zizan Raja Lawak sehingga dimasukkan ke hospital akibat keradangan otot. Kesian Zizan sebab overwork sampai begini jadinya. Tapi anda jangan risau kerana keadaan Zizan dilaporkan stabil

zizan masuk hospital
Marina Juki, pengurus Zizan menyatakan yang Zizan dimasukkan ke hospital ketika sedang bersiap sedia untuk ke Karnival Jom Heboh di Ipoh:-

Advertisement

Setibanya di unit kecemasan hospital tepat pukul 1.30 pagi, doktor telah membuat ujian darah sebanyak dua kali. Hasil ujian darah tersebut, doktor mengesahkan Zizan mengalami ‘Acute Myositis’ atau lebih dikenali dengan keradangan otot. Zizan turut diberikan protein, vitamin dan antibiotik untuk memberikannya tenaga dan setakat ini keadaan Zizan adalah stabil. Sepanjang tempoh itu juga, semua aktiviti seninya akan dihentikan buat sementara waktu sehingga kesihatannya pulih.

Kepada Zizan, kerja kerja jugak, tapi rehat kena rehat jugak. Abang Nara tahu yang time tengah femes ini lah semua benda kita nak buat, tapi kesihatan harus diutamakan. Nanti kalau sakit semua benda tak boleh buat. Apa pun semoga Zizan cepat sembuh dan kembali beraksi dengan lawak berbisanya. Kredit berita Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

49 Comments

  1. Anonymous

    May 1, 2012 at 3:07 pm

    first

  2. karmila

    April 30, 2012 at 9:47 pm

    super spontan minggu pertama hingga 3 memang best. ulang tengok banyak kali pun still gelak terbahak2.. tapi masa minggu ke 4 ngan 5, tak best.. ada lawak lucah.. jangan lah buat macam tu, maluler ngan anak2.. apa pun johan ngan zizan memang best, suka sangat, tapi bila part perkara sensitif, ingat2 ye… yo peace. buat zizan,semoga cepat sembuh..

  3. aku kesah?

    April 30, 2012 at 8:07 pm

    get well soon zizang..we all love u..kelemahan dia dgn johan myb bg dorg gurau tp dlm x sdar dorg myntuh sensetiviti kita..tu myb klmhan yg blh dorg titik bratkan pasni..ape pn dorg mmg trbaik n sgt best!.

  4. elya safura

    April 30, 2012 at 6:02 pm

    YA ALLAH SELAMAT KAN LAH HAMBA MU INI YANG BRNAMA RAZIZAN BIN RAZAK YANG SEDANG MENGHIDAP KERADANGAN OTOT…semoga mu dengar doa hamba mu ini sesungguhnya hnya kau yg boleh menyembuh kan hmba mu.

    • puttt

      May 7, 2012 at 4:17 pm

      jgn lupa doa utk dri kau sndri :) hih

  5. qiqi

    April 30, 2012 at 6:02 pm

    zizan,,moga cepat sembuh n trus beraksi…!! <3 u

Loading...