Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zizan Borong Baju Bundle Dan Sambal RM1,000 Dari Amar Asyraf

amar asyraf

Sudah terlalu lama rasanya kita diuji dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada waktu ini. Ada yang hilang pekerjaan dan hilang punca pencarian. Itu belum lagi mereka yang kehilangan orang tersayang akibat Covid-19, pasti lebih sedih lagi bagi mereka. Tapi hidup tetap harus diteruskan dan ramai yang sedang cuba untuk bangkit.

Advertisement

Ini termasuklah golongan artis yang terpaksa mencuba bidang baru untuk menampung kehidupan seharian mereka. Contohnya Azlee Senario turut menjual buah tempatan di tepi jalan bagi menampung perbelanjaan dirinya dan keluarga tanpa memikirkan soal malu atau tidak walaupun bergelar artis.

Zizan borong semua baju dan sambal Amar Asyraf

Terbaru, ramai tersentuh dengan sikap murah hati pelawak terkenal Zizan Razak yang mencuba apa yang termampu untuk membantu rakan artis lain. Ini dapat dilihat apabila Zizan membeli semua baju bundle dan sambal yang dijual pelakon Amar Asyraf. Apa yang dilakukan Zizah ini ternyata mengejutkan Amar yang sedang melakukan jualan langusng di Instagram miliknya.

Zizan borong 40 helai baju pada harga RM500 dan tambahan RM500 lagi untuk sambal. Lebih menyentuh hati apabila Zizan meminta Amar untuk sedekahkan semua barang yang dibelinya kepada orang ramai.

Hari ini Allah hantar @zizanrazak869 untuk saya. Kemudian @johanarrif tolong saya. Terima Kasih Jugak pada ramai lagi yang beli untuk sedekah baju pada viewers. – Tulis Amar.

“Kalau nampak saya di neraka, tuan puan tariklah saya ke syurga”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amar V. Asyraf (@amar_asyraf)

Amar yang pada awalnya seakan tak percaya dengan apa yang dikatakan Zizan itu tidak dapat menahan air mata setelah menerima rezeki yang tidak disangka-sangka. Amar turut sedih selepas mendapat lebih 1,500 tontonan ketika melakukan siaran langsung di Instagram.

Pelakon Johan Arrif turut terharu melihat kasih sayang sesama insan diantara Zizan dan Amar.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johanarrif Arrif (@johanarrif_asari)

Advertisement

Sememangnya pada waktu ini kita perlu bersama berganding bahu dengan membantu sesama kita. Berkongsi rezeki dan beri bantuan kepada mereka yang memerlukan, InsyaAllah ganjaran Allah itu lebih besar dari itu.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top