“Ziyad Beri Saya Semangat, Ubah Layanan Terhadap Atlet Para Tiga Tahun Lepas. Terima Kasih!” – KJ

Trending

“Ziyad Beri Saya Semangat, Ubah Layanan Terhadap Atlet Para Tiga Tahun Lepas. Terima Kasih!” – KJ

Hari ini kita mendapat berita yang cukup menguja dan membanggakan apabila tiga wakil negara yang berjuang di sukan Paralimpik Rio iaitu Ridzuan, Ziyad dan Abdul Latif Romli telah memenangi pingat emas di mana satu rekod baru kejohanan dan dunia telah berjaya dipecahkan.

Advertisement

Ramai netizen turut tertanya-tanya adakah mereka ini juga diberikan ganjaran yang sama seperti mana atlet biasa sebelum ini? Ada juga yang mencadangkan mereka ini perlu disambut sebagai wira apabila pulang ke tanah air nanti.

Oleh yang demikian, satu status yang dimuatnaik oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ternyata telah menjawab semua persoalan yang timbul ini.

Apa yang diceritakan beliau ternyata membuatkan ramai rasa terharu dan memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan ini.

Jom kita baca apa yang ditulis oleh YB KJ.

Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!

Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada.

“Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para.” 

Saya tanya kurang berapa.

“Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal.”

Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa.

Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya.

“Paralimpik ini baharu.” 

“Acara mereka tak ramai penyertaan.” 

“Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang.”

Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.


Ridzuan Puzi memenangi acara 100m


Abdul Latif Romli memenangi lompat jauh T20

Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja.

Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris.

“Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?” 

Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung,

“Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama.”

Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet ‘luarbiasa’.

Our para athletes’ achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of ‘normal’ athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...