“Zina Jadi Kerjaya, Dedah Alat Sulit Makin Biasa..” PU Amin Gesa Umat Islam Agar Jauhi Maksiat

Hiburan

“Zina Jadi Kerjaya, Dedah Alat Sulit Makin Biasa..” PU Amin Gesa Umat Islam Agar Jauhi Maksiat

Penceramah selebriti, Pencetus Ummah Amin (PU Amin) tampil meluahkan rasa kebimbangan apabila semakin banyak aplikasi berbentuk maksiat telah wujud di Malaysia.

Tambah PU Amin, semakin canggih media sosial, semakin hebat cabaran yang perlu dihadapi terutamanya kepada anak-anak muda.

Dia dilihat telah meluahkan rasa bimbang tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun Instagramnya untuk tatapan peminat.

Advertisement

“Kiamat dah dekat. Tanda-tanda yang Nabi sebut sudah jelas. Zina kini boleh jadi kerjaya, aplikasi halalkan zina juga makin banyak. Tukar jantina dah jadi biasa, jual produk sambil dedah sulit dah normal. Malu dah tiada.”

PU Amin turut menggesa seluruh umat Islam di negara ini agar sentiasa memelihara kesucian agama dan bersatu membanteras maksiat di sekeliling kita.

Meninjau ke ruangan komen, pengikut media sosial pendakwah tersebut tampil bersetuju dengan pernyataan PU Amin dan mengharapkan supaya pihak berkuasa tampil melaksanakan tindakan yang tegas terhadap isu berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...