Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zila Bakarin Menyesal Suntik Dagu Dan Bibir

Sekali tengok, rasanya ramai yang dapat menjangkakan Zila Bakarin ada membuat sesuatu pada wajahnya. Terbaru, menerusi Sinar Harian, Zila Bakarin mengakui yang dia pernah melakukan suntikan pada mulut dan dagunya empat tahun yang lalu. Patutlah Abang Nara tengok runcing bebenar dagu Zila Bakarin.

zila bakarin suntik

Advertisement

Walaupun begitu, Zila Bakarin mengakui yang dia menyesal kerana melakukan perubahan pada wajahnya. Kalau dapat diundur masa, pasti Zila tidak akan menyuntik wajahnya. Kata Zila Bakarin:-

Kalau masa boleh diputar ke belakang, saya memang tak akan lakukan suntikan pada wajah. Walaupun sudah lebih empat tahun saya tidak menyuntik apa-apa pada wajah, tapi bentuk tersebut masih kekal. Bila saya lihat gambar lama, saya rasa wajah saya sudah cukup sempurna. Jadi pada sesiapa yang mahu menyuntik atau mengubah wajah, saya rasa baik lupakan sahaja niat mereka itu.

zila bakarin suntik

Baguslah kalau sudah menyesal. Yang penting, jangan diulang lagi perkara ini. Kepada anda yang ada niat itu, bacalah pesanan Zila Bakarin. Tak perlu suntik-suntik. Bersyukurlah dengan wajah sempurna yang telah dikurniakan olehNya. Sekali suntik memang terasa cantik, namun penyesalan yang bakal dialami tiada penghujungnya.

P.S: Senarai penuh lokasi AES di Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top