Ziela Jalil Mohon Maaf Jika Drama Dia Isteri Luar Biasa Dianggap Terpesong

Hiburan

Ziela Jalil Mohon Maaf Jika Drama Dia Isteri Luar Biasa Dianggap Terpesong

Drama Isteri Luar Biasa lakonan Fathia Latiff dan Shukri Yahya telah pun melabuhkan tirainya semalam dan mendapat sambutan yang agak baik meskipun dihimpit pelbagai kontroversi sehingga menyebabkan beberapa pihak menyifatkan drama tersebut tidak bermoral.

Berbicara mengenai kontroversi itu, penerbit drama Dia Isteri Luar biasa Zeila Jalil telah tampil memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang senang adengan adegan  romantis berlebihan pada drama tersebut sehingga ia dianggap terpesong daripada ajaran agama Islam.

Advertisement

Apabila bercakap tentang hukum hakam Islam, saya tidak mengiakan benda yang salah dan tidak menghalalkan cara. Kalau nak ikutkan, banyak benda yang kita tidak boleh buat dalam drama.Bukan senang… Sebagai contoh, saya seorang ibu seronok melihat kepulangan anak lelakinya. Kalau seronok, takkan nak berdiri dan tunjuk mimik rasa gembira sahaja. Mesti kena peluk sebagai tanda sayang dan rindu.

Bagaimanapun segala kritikan yang diberi saya terima dengan fikiran terbuka dan akan lebih berhati-hati menghasilkan drama pada masa akan datang.

Penjelasan itu diberikan oleh Ziela apabila beliau diminta untuk mengulas lebih lanjut mengenai surat terbuka oleh seseorang yang dikenali sebagai Hazal Din kepada dirinya yang mengkritik drama itu memaparkan adegan mesra secara berlebih-lebihan diantara Fathia dan Shukri sehingga ia menimbulkan rasa kurang senang penonton apatah lagi drama itu ditonton bersama anak-anak.

Malah, individu berkenaan juga berpendapat bahawa drama tersebut boleh merosakkan akidah kanak-kanak yang masih lagi belajar ilmu agama dan boleh mengundang kekeliruan antara ajaran yang sebenar dan drama yang dipaparkan sedangkan pelakon tersebut bukanlah suami-isteri yang sah diluar drama.

Walaubagaimanapun, pemilik syarikat produksi Pena Creative Pictures itu berpendapat pihak penerbit tidak harus dipersalahkan jika ada kanak-kanak mahupun remaja rosak akhlak kerana ia tidak ada kena mengena dengan drama Dia Isteri Luar Biasa.

Tidak patut rasanya drama ini dipersalahkan jika akhlak anak-anak itu tidak baik. Bukan Dia Isteri Luar Biasa sahaja, tetapi juga drama-drama lain. Saya percaya pembentukan akhlak anak-anak bermula daripada cara didikan ibu bapa itu sendiri.

Isu begini agak subjektif sebenarnya kerana ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk akhlak anak mereka dan sekiranya ia dibentuk dengan baik pasti mereka tidak akan terpesong jika dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Sumber Berita: mStar Online

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...