October 22nd, 2009

ziana zain

Ala Kak Ziana nie. Kitorang dah teringin benar nak nengok gambar anak kembar Kak Ziana. Mesti comel lote macam mak dia jugak. Tapi sayangnya Kak Ziana masih tak bersedia lagi nak tunjuk gambar anak kembar dia kat mana-mana media. Ini yang rasa nak pergi terjah rumah Kak Ziana nie. Ada sesiapa tahu alamat?

Sebelum terlupa, nama anak kembar lelaki dan perempuan Ziana Zain ialah Siti Nur Kasih dan Muhammad Ariel. Pergh, nama macam ikut drama TV3 ngan penyanyi Peter Pan jer. Sedap benar nama anak akak Ziana kita nie. Mesti cute mute kan? Sebenarnya kak Ziana bukan taknak tunjuk tapi menurut pengurus dia, disebabkan ini anak kembar yang pertama jadi Kak Ziana perlu lebih banyak masa untuk berehat.

[note]Sekarang, dia tiada pembantu untuk menjaga anak-anaknya dan pada November depan dia akan jalani rawatan badan pula. Jadi, berilah dia masa kerana kali ini juga pengalamannya juga berbeza kerana pertama kali dia mendapat bayi kembar/[/note]

Itulah kata-kata pengurus Ziana Zain. Nampaknya kenalah bersabar sikit lagi sampai Kak Ziana dah bersedia nak tunjukkan anak dia kat orang ramai. Kami sanggup tunggu. Nanti kalau ada wat majlis cukur jambul jemputlah kami yang kat BeautifulNara nie ye.


Comments are closed.

Loading...