Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ziana Zain Sudah Failkan Penceraian, Suaminya Armin Pula Tidak Mahu Bercerai

Susulan kes suaminya, Armin Zaharin mencederakan anak mereka dengan segaja, episod rumah tangga Ziana Zain kembali menjadi bual bicara ramai apabila penyanyi itu memfailkan penceraian di Mahmakah Syariah Shah Alam pada 3 April lalu.

Advertisement

Walaubagaimanapun, ada sumber mengatakan Armin tidak bersetuju dengan keputusan Ziana untuk bercerai dan meminta kes tersebut dibawa ke jawatan kuasa pendamai.

Pasangan ini sudah tidak tinggal sebumbung kerana Armin sedang menjalani tempoh jaminan dan tidak dibenarkan mendekati Ziana dan anak-anaknya.

Ziana bagaimanapun buat masa ini enggan memberikan ulasan lanjut mengenai tindakan beliau yang nekad ingin bercerai selepas 20 tahun mendirikan rumah tangga.

Dalam pada itu, Armin juga melarikan diri daripada pihak media ketika prosiding kes beliau memukul anaknya selesai di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat lalu. Peguamnya, Mohamad Rizal meminta pihak media memberikan anak guamnya sedikit ruang.

Terdahulu, Armin ditangkap pada 2 Mac lalu selepas Ziana sendiri membuat laporan polis pada 27 Februari atas dakwaan lelaki itu dengan sengaja menggunakan rotan dan memukul anak mereka dengan lebam.  Armin boleh dikenakan dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Bagi Seksyen 324, jika sabit kesalahan dia berdepan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan.

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 Comments

  1. mak c kina

    April 9, 2018 at 8:46 am

    kita xkan faham apa jua mslh mereka…mgkn bg kita,kita blh settel masalah tu tp mereka yg menaggung/rasa…xde sape ingin kan penceraian..bg aku mesti ZZ dah fikir masak2 sblm buat keputusan mcm tu…doa yg terbaik utk mereka

  2. Diri Ini

    April 9, 2018 at 8:06 am

    Sayangnye…prkahwinan dh cecah 20 thn…berakhir dgn penceraian…pape pun…segala nye berlaku atas izin Allah…

  3. Anonymous

    April 8, 2018 at 11:56 pm

    Gambar kat atas tu nmpk bahagia…rupanya????
    Pru 14 dh nk mula skandal kes zz ooooppssst pasti meletop tmbh kes cerai ni plk..

  4. Mat gersang

    April 8, 2018 at 11:56 pm

    Suami dah x kerja..so ziana mesti nak cari payung baru yg masyukk…dato2 ke

    • BellaAZ

      April 11, 2018 at 2:19 pm

      Tak takut ke buat dosa kering fitnah orang.

  5. anonymous

    April 8, 2018 at 10:54 pm

    dah kawin berbelas tahun nak bercerai

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama