Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ziana Zain Sah Bercerai Talak Satu

Selepas beberapa bulan menghadapi kemelut rumah tangga, akhirnya penyanyi Ziana Zain dan suaminya, Armin Zaharin sah bercerai talak satu hari ini.

Advertisement

Armin melafazkan cerai pada jam 2.48 petang tadi di hadapan Hakim Syarie Mohd. Nizar Mohtar. Ziana ketika ditemui pihak media berkata, beliau bersyukur segala proses perceraian berjalan dengan lancar dan mudah. Meskipun sudah lama menanggung derita di dalam hati, Ziana bagaimanapun tidak pernah menyimpan dendam tehadap bekas suaminya itu.

Saya bukan pendendam. Saya dah lama maafkan dia. Saya tak pandai nak simpan dendam. Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan lancar dan mudah. Saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya diberikan ketenangan jiwa selepas ini. Saya juga berdoa supaya dipermudahkan segala urusan saya serta pihak di sebelah sana.

Ziana dan Armin sudah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Penceraian kedua-dua mereka mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003. Terdahulu, Armin memohon untuk berjumpa dengan empat orang anaknya sebelum melafazkan cerai tersebut.

Sumber Berita : Kosmo & Harian Metro

Kredit Foto : Kosmo

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

22 Comments

  1. Anonymous

    July 13, 2018 at 11:41 am

    Bila teringat gambar ZZ 1 family pakai baju raya hijau tu sedih pulak rasa.. apapun all the best ZZ. Semoga ada sinar baru lps ni.

  2. shopia lorren

    July 13, 2018 at 10:47 am

    Hrp lps ni x ada episod perebutan ank n memburukkn antara satu sama lain..fokus pd kebahagiaan diri n ank2..positif n terus kedepan..ingat bekas suami adalh bapa kpd ank2 kak ziana. saling menghormati..InsyaAllah berkat dunia/akhirat..Aamiin…

  3. Ros

    July 13, 2018 at 9:47 am

    I love you kak Ziana, regardless. Even when you should’ve left that animal a long time ago, but it is not too late even after much damage is done. You have Allah, career and kids. That should be enough for a woman. I love your songs still. Long live Ziana Zain!

  4. Anonymous

    July 13, 2018 at 8:51 am

    Kak ZZ ni dlm gmbr x cntik…bila kt luar natural beauty…cantik sgt.

  5. Anonymous

    July 13, 2018 at 8:46 am

    yelah kan, aku kawen dgn org asing yg beragama islampun kata2 dri mulut sedara bkn main..kenapa x cari org sini je, apa semua org asing yg beragama islm x kuat kerja dn x kuat main dn x kuat solat ke.
    Ha..ha..aku nk tanya..baik sgt ke lelaki sini ah..
    Setakat ini aku kenyang dgn gaji aku sendiri tanpa di usik laki asing aku tu dan aku kenyang je dia bagi…hugss..isisish

Loading...
To Top