April 18th, 2018

Masih tidak banyak yang ingin dikongsikan oleh penyanyi popular 90-an Ziana Zain mengenai apa yang berlaku dalam rumahtangganya. Biarpun wajahnya menyimpan seribu luka terpendam, dia tidak berhasrat untuk bercerita yang buruk mengenai suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, seorang bekas ketua pramugara.

Utusan Online melaporkan, Ziana bagaimanapun mengakui dia sudah memendam rasa untuk satu jangkamasa yang panjang:

Biarlah kami sahaja yang tahu. Cuma saya akui, sudah lama memendam rasa dan Alhamdulillah, saya serta anak-anak boleh menghela nafas lega sekali gus berpeluang menikmati rasa bahagia.

Ahli keluarga dia (suami) adalah keluarga saya juga. Jadi tidak baik untuk saya buka pekung sendiri.

Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 50, memberitahu perpisahan mereka bukanlah disebabkan orang ketiga.

Armin juga dikhabarkan tidak menghubunginya dan anak-anak setelah dibebaskan dari tahanan polis:

Firman Allah dalam al-Quran, kun fa ya kun, maka jadilah. Siapa saya sebagai hamba-Nya untuk mengelak setiap takdir yang telah ditentukan ke atas saya.

Dia Maha Kuasa. Saya terima semua ini sebagai satu ujian. Mungkin ada hikmahnya.

Ziana dan Armin mendirikan rumahtangga sejak tahun 1998 dan mempunyai empat orang anak hasil perkahwinan mereka yang mencecah usia 20 tahun iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. Рbeautifulnara.com


33 responses to “Ziana Zain Komen Kemelut Rumahtangga: Saya Akui Sudah Lama Memendam Rasa”

  1. Tk says:

    You survive after all hurt and pain. So be strong and live your life again b.

  2. Diri Ini says:

    stay strong kak…semoga terus sukses…n paling penting xpayah lah citekan keburukan bekas suami…tu mencerminkan siapa diri kite…peminat kak ziana dari dulu sampai skrg dengan lagu2 yg sure meletop2…

  3. Anonymous says:

    Zaman la ni rmai jantan x guna. Perasan bagus. aku memang suka tengok ibu2 tunggal berjaya dan bahagia ngan anak2 wlau tanpa suami. para isteri yg masih lagi dibelenggu masalah laki mental menyeksa jiwa n raga ni, tolonglah buka minda luas2. bebaskan keluarga anda dari tekanan perasaan, terutama anak2mu.. cian mereka.

  4. melati says:

    Biasa lah Lumrah Dunia…..sapa yg suka simpan Biawak hidup..!! Faham2 ZZ

    • Anonymous says:

      Tpi klau biawak hidup tu kacak, tinggi, suruh buat ape je, cepat x lengah2 kn masa, seks pun bgi terbaik tpi dia bekerja juga dkt rmh, sapu basuh mcmlh…cuma x begaji je..mcm mana dgn kes ini..byk tau skrg di malaysia.

      ( klau muka x kacak, hitam gedempol pengotor ha yg ini boleh tendang).

    • mak c kina says:

      ni bkn biawak hidup…ni kerja sama…dah tau dok rmh…kne la buat kerja rmh…biawak hidup tu, bini tanggung segala…blk keje pun kne buat semua keje rmh..yg si laki dok ngadap tv & hp..paling geram bila laki balik dr melepak tgk bini xmasak lg…padahal bini baru je siap mengemas (rumah besepah sbb laki pemalas)

    • Shartina says:

      Melati kadang kadang kena simpan biawak hidup (setakat mana boleh tahan )atas dasar kesian kat anak anak or sbb tekanan keluarga masyarakat .

      Sampai ke suatu tahap yg tak boleh tahan kesabaran . Then baru ambik tindakan .

      Ni setakat bela biawak …belum lagi termasuk ceta mak mertua gilabatu meroyan hilang dsb

  5. Anonymous says:

    Isu dh meletup. .moga ada sinar di hujung nnti..
    Byk sgt dengar kisah ZZ ni..lbh2 pihak pembangkang mainkn sandiwara korek kisah lama ZZ ni..kesian..

Loading...