June 7th, 2018

Beberapa tahun memendam rasa duka akibat kemelut rumah tangga dan terbaru dihimpit pula pelbagai masalah antaranya kes anaknya didera oleh suami dan kes penceraian beliau yang tertangguh, penyanyi Ziana Zain bagaimanapun enggan terus bersedih apatah lagi Hari Raya Aildifitri bakal menjelma tidak lama lagi.

Ziana tetap ingin anak-anaknya ceria dan melayan setiap kerenah mereka sehingga menghabiskan masa sehingga 12 jam lamanya semata-mata ingin membeli barang kelengkapan untuk hari raya.

Saya mahu mereka gembira pada hari raya nanti. Alhamdulillah, semuanya sudah lengkap dan masing-masing puas dengan pilihan mereka. Bayangkan kami keluar rumah dari jam 10 pagi dan hanya berhenti seketika untuk berbuka puasa.

Selepas itu, kami menyambung semula berbelanja kerana saya mahu mereka puas hati. Rasanya hampir 12 jam juga kami di luar, namun saya seronok. Apa yang penting ketika ini adalah kebahagiaan mereka.

Penyanyi itu dikurniakan empat cahaya mata hasil perkahwinan dengan Armin Zaharin iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Kami harap Ziana dan anak-anak akan terus dikurniakaan dengan kebahagiaan, bersabarlah dengan dugaan yang menimpa pastinya Allah SWT ada perancangan lain yang lebih baik.

Sumber Berita : BH ONLINE


34 responses to “Ziana Zain Gembira Lihat Anak-Anak Kembali Tersenyum”

  1. Sajat says:

    Dgrnya zz dah date dgn dato.. Hmm org ketiga rupanya.. Semua nak kejar mcm dato k.. Sembang kencang cover

  2. pemerhati dari kejauhan says:

    bila kita baca apa yg berlaku pd kak ziana mmg kita akn blame ex-nya.. aku antara org yg kata “ayh apa dera anak macam tu”.. but.. kita bukan hidup dlm kluarga itu utk blame both kak ziana or ex nya.. kita tk tahu apa yg berlaku sepanjang 20 thn utk kita tuduh kak ziana terlalu lembab buat keputusan.. sekarang ne.. kalau korang betul2 la syg kak ziana tu.. doakan kesejahteraan beliau dunia dn akhirat.. jgn buat ksimpulan berdasarkan apa yg telah korang lalui..

Loading...