Ziana Zain, Diva Yang Sebenar-Benarnya Diva

Hiburan

Ziana Zain, Diva Yang Sebenar-Benarnya Diva

ziana zain

Semalam kami menerima satu email. Karangan email tersebut berbunyi begini:-

Advertisement

[note]Salam abg nara. Sy ni antara jutaan peminat blog abg nara ni.. boleh tak abg nara perbanyakkan cerite pasal Ziana Zain especially semase die perform kat ajl25 baru2 ini..Cube abg nara ke Youtube ..berapa ramai yg memuji
kehebatan Ziana Zain..Malam tu ZZ betul2 membuktikan yg die adalahseorg diva sebenar.. Ramai peminat yg diluar tu merindui kehadiran die.. Harap2 ZZ akan buat 1 konsert besar pada tahun ini..Berilah peluang dan kesempatan utk ZZ membuktikan yg die sebenarnya penyanyi terulung negara yg harus dibanggakan..Sekian.. [/note]

Sebelum anda tengok video persembahan Ziana Zain di AJL25, ini bukti Ziana Zain adalah diva yang sebenar-benarnya diva. Nama Ziana Zain trending kat Twitter tue. Sapa artis lain yang boleh buat?

ziana zain

Buat anda yang terlepas persembahan Ziana Zain semasa di AJL25, inilah videonya:-

Dah dengar? Meh sini nak bagitau kot-kot saudara anda adalah pengerusi syarikat Maxis ke, Celcom ke, silalah pujuk saudara anda untuk sponsor satu konsert besar-besaran Ziana Zain. Kalau Justin Bibir tue pun boleh dibawa masuk ke Malaysia dengan kos berjuta-juta ringgit, takkanlah diva segah Ziana Zain nie tak ada syarikat nak sponsor kot? Siapa sokong sila komen dan buat ayat rayuan kepada syarikat-syarikat ini. Contoh ayat rayuan adalah di bawah:-

[note]Mak saya ialah peminat nombor 1 kak Ziana Zain. Buktinya masa mak saya melahirkan saya, mak saya tengah memasak di dapur sambil menyanyikan lagu kak Ziana Zain yang bertajuk Kemelut di Muara Kasih. Akibat meneran terlalu kuat, saya terus dilahirkan di bawah dapur. Sebagai anak yang soleh, saya mahu memenuhi salah satu impian mak saya iaitu melihat konsert Ziana Zain secara live di depan matanya. Tolonglah sponsor kak Ziana Zain [/note]

Tinggalkan ayat pujuk rayu anda supaya syarikat-syarikat gergasi Malaysia akan terpengaruh dan memsponsor diva terulung Malaysia ini untuk membuat konsert kepada peminat-peminatnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...