Penyanyi, Zehra Zambri tampil menjelaskan keputusan untuk bercerai secara ‘fast track’ itu bukanlah keputusan sebelah pihak sebaliknya atas persetujuan bersama suaminya iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin.
Walau bagaimanapun, Zehra meluahkan rasa hairan apabila suaminya seolah-olah sengaja memanjangkan proses penceraian mereka termasuk mahu memfailkan nusyuz terhadapnya.
Keputusan untuk berpisah secara ‘fast track’ telah pun dibincangkan dan dia pun tahu. Kami sudah bersetuju, bukan saya buat keputusan sesuka hati.
Sepatutnya boleh diselesaikan secara ‘fast track’ tapi dia ambil tindakan memanjangkan kes, jadi saya ikut sahaja. Kalau dia nak failkan nusyuz pun silakan.
Enggan dedah punca mahu bercerai
Menurut Mstar, penyanyi itu enggan mendedahkan punca sebenar dia dan suami memilih untuk bercerai.
Penyanyi itu juga menegaskan bahawa keputusan ini dibuat bukan disebabkan dia menyertai program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) seperti yang disangka oleh sesetengah pihak.
Sebab dan punca ingin berpisah biarlah kami sahaja yang tahu. Isunya sangat peribadi.
Saya sehabis baik menutup aib rumah tangga, tak perlu kongsi kepada umum sebab akan timbul pelbagai spekulasi buruk. Saya hanya akan kongsikan segalanya di mahkamah.
Penat pertahankan rumah tangga
Zehra memberitahu dia sudah penat untuk bertahan dan menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina.
Kata Zehra, hanya keluarga terdekat yang mengetahui punca sebenar dia membuat keputusan mahu bercerai.
Orang luar tak tahu apa saya lalui, teruskanlah buat tohmahan dan fitnah saya. Keluarga saya tahu apa saya alami.
Saya sudah berkorban selama tiga tahun untuk rumah tangga, saya sudah berikan segala-galanya dan dia tahu itu.
Saya sekarang ingin menjaga kesihatan mental dan mahu fokus kepada perkara baik-baik sahaja serta anak yang masih kecil.
Pada Februari lalu, Iqwan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi kerana bercadang memfailkan nusyuz terhadap isterinya sebagai salah satu usaha menyelamatkan rumah tangga mereka.