Kepada anda yang ingat Zed Zaidi akan mempertikaikan MyPR yang diperolehi oleh Aaron Aziz, anda ternyata silap besar. Zed Zaidi adalah seorang gentleman dan telah pun mengucapkan tahniah kepada Aaron atas berita gembira tersebut.
Malah Zed Zaidi berkata yang persahabatan dengan Aaron tiada masalah walaupun dilanda kontroversi selama ini. Kata Zed Zaidi kepada Harian Metro semalam:-
Tahniah Aaron kerana bergelar penduduk tetap (PR) negara ini. Saya doakan semoga kehidupannya bertambah baik dan dimurahkan rezeki selalu. Tanpa sebarang niat, saya mengucapkan tahniah kepada Aaron kerana bergelar PR. Untuk pengetahuan, persahabatan kami tiada masalah biarpun kontroversi pernah menimpa kami, baru-baru ini.
Kan bagus kalau gini. Habis sudah satu kontroversi yang sangat besar tahun ini. Tak payah nak gaduh-gaduh lagi. Semoga Zed Zaidi pun dapat menumpukan lebih perhatian menjalankan tugas selaku presiden Seniman dengan tamatnya satu kontroversi ini. Diharap Zed Zaidi akan turut dapat membantu menyelesaikan persengketaan antara Neelofa dan Anzalna secepat mungkin.