March 4th, 2010

Ingatkan filem Titanic ngan filem Kuch Kuch Hota Hai jer orang tengok berkali-kali, rupa-rupanya filem seram Puaka Niyang Rapik nie pun ada orang pergi tengok sampai 7 kali. Nasib baiklah pelakonnya sendiri si Zed Zaidi yang buat kerja macam nie.  Bagus betul si Zed Zaidi nie sebab support filem lakonan sendiri.

Kalau korang yang pergi tengok Puaka Niyang Rapik nie sampai 7 kali,  memang kami respek. Dengar cerita agak seram jugak cerita dia. Abang Nara kalau tengok cerita seram sampai tutup-tutup mata lagi. Bukan sebab penakut, cuma seram sikit je. Tapi kalau tengok dengan buah hati terpaksalah buat-buat macho. Tak gitu?

Yang bagusnya si Zed Zaidi nie bukan pergi tengok sampai 7 kali untuk naikkan kutipan filem sendiri. Dia pergi ada motif. Katanya nak tengok reaksi penonton filem Puaka Niyang Rapik nie. Kot-kot ada penonton yang kutuk ke, ada yang puji ke, ada yang menjerit kuat tak hengat ke. Semua nie semata-semata untuk tingkatkan lagi mutu lakonan dia.

Macam inilah pelakon yang sanggup buat apa sahaja untuk menaikkan mutu lakonan sendiri. Kami respek dengan cara si Zed Zaidi nie. Tunggu nanti kami pergi tengok filem Puaka Niyang Rapik nie dan komen dengan lakonan anda ye?

Sebelum terlupa, sebenarnya kami dah banyak hantar email kepada syarikat-syarikat filem kot-kot boleh bagi tiket free untuk pembaca BeautifulNara, tapi malangnya sampai sekarang tak dapat reply apa lagi. Tak apalah, mungkin tak ada rezeki anda semua lagi. Kalau ada syarikat yang sudi bagi tiket kat anda semua, kami akan updatekan kat sini.

P.S:- Terkejut beruk kami tengok email kami semalam. Ramai gila hantar nak pergi join Raja Lawak. Tunggu esok kami keluarkan bagitau siapa yang dapat pergi ye. Kena buat undian sikit malam nanti.


Comments are closed.

Loading...