Zed Zaidi – Tawaran Berlakon Buat Neelofa, Tasha Shila Dan Anzalna Bakal Disekat Sekiranya Didapati Bersalah Oleh Jawatankuasa Disiplin Seniman

Hiburan

Zed Zaidi – Tawaran Berlakon Buat Neelofa, Tasha Shila Dan Anzalna Bakal Disekat Sekiranya Didapati Bersalah Oleh Jawatankuasa Disiplin Seniman

Presiden Seniman, Zed Zaidi mendakwa  tawaran berlakon buat Neelofa, Tasha Shila dan Anzalna akan disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman)  sekiranya ketiga-tiga pelakon tersebut terus berbalah seperti yang dilaporkan mStar Online.

Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti ‘Facebook’ dan ‘Twitter’.

Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.

Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan dating.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana syarikat tempatan akan mematuhi sekatan ini seandainya ia dikuatkuasakan kelak kerana produksi biasanya mengambil pelakon-pelakon ini kerana mereka sedang laris dan boleh menyumbang kepada jumlah penonton drama atau filem. Namun begitu, Zed Zaidi menambah:-

Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.

Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya.

Advertisement

Apakah pendapat anda, adakah tindakan yang bakal dilakukan oleh Zed Zaidi ini berpatutan? Sila maklumkan pendapata anda di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

324 Comments

  1. kunang2

    June 14, 2012 at 5:22 pm

    ZZ wei… kau kenapa? suka sangat tabur pasir dlm periuk nasi orang?

  2. sembilu karat pasang anagan2 jd datuk

    June 14, 2012 at 2:21 pm

    Ohhhhoooooiiiiiiiiiii!

    presiden seniman xde orang nak ambik berlakoooooonnnnnn
    jadi die nak sekat org lain pun tak boleh berlakooooonnnnnn
    hhhooi!
    senyumlah senyumlah ahai cik mek molek

    tlg menyanyi sambil membaca

  3. sembilu karat pasang anagan2 jd datuk

    June 14, 2012 at 2:08 pm

    Ni lg satu gila meroyan. Education ke mana,lakonan ke mana,nak jd presiden seniman plak. Puhhh leaseeee,hak tuih!

  4. None

    June 14, 2012 at 10:33 am

    Adakah ZZ ni mmg sengaja mahu menunjukkan kelemahan industri hiburan tempatan? Nampak seperti seorang yg selalu berjaya mencapai cita-cita dengan taktik kotor. Mcmana pula seorang yang takutkan cabaran seperti ZZ ni dipilih sebagai pemimpin tertinggi SENIMAN?

    Tindakan2 ZZ seolah-olah menunjukkan bhw artis tempatan takut disaingi di tempat sendiri. Kalau ditempat sendiripun takut bersaing, apatah lagi untuk bersaing di negara luar? Jika beginilah situasinya, sampai bila-bilapun Malaysia tidak akan mampu melahirkan artis bertaraf ‘international’. Sekiranya ZZ mahu menyekat kemasukan artis luar untuk berkarya di Malaysia, adakah ini sekaligus bermakna artis Malaysia juga bersedia disekat oleh mana-mana negara yang berkenaan? Mcm tu barulah adil namanya! Kita tgk berapa jauh artis Malaysia boleh pergi. Atau adakah ZZ bermaksud kemasukan artis luar perlu disekat, tetapi artis Malaysia boleh bersaing di luar negara?

    Tiada sesiapakah pemegang kuasa di Malaysia ni yang boleh menegur dan menasihati dia ni? Memandangkan ZZ ada menyebut tentang tindakannya yang didorong oleh keinginan menyahut saranan kerajaan, tdk bolehkah kerajaan berbuat sesuatu? Tetapi, persoalannya lagi apakah betul ini adalah saranan kerajaan? Jika betul, bagaimana sesuatu seperti ini boleh disarankan? bukankah ia berpotensi untuk merosakkan imej kerajaan? bahkan berupaya merosakkan hubungan baik Malaysia dengan negara2 luar? Atau mungkin ZZ ni mmg sengaja mencari salah kerajaan? atau mungkin dia ni mau menunjukkan betapa besar sumbangannya kepada negara? dengan harapan akan diberi gelar DATUK seperti sesetengah artis lain? Atau adakah tindakan dia ni sebenarnya cuma untuk meraih publisiti? Kalau ya utk publisiti, sudah-sudahlah sbb kamu sudah berjayapun skrg ni!

  5. saje-saje

    June 14, 2012 at 12:33 am

    n nk tanya byk soalan bole, klau org tu dh jd artis tu dh kire automatik ahli seniman eh? yg nk dikenakan undang2 ni utk ahli seniman je ke or sume artis? klau artis tu ahli persatuan karyawan mcm mane? seniman nk menyibuk jatuhkan hukuman disiplin jgk ker? ZZ ingat persatuan utk artis ni Seniman je ke? klau Ziana Zain yg xnk msk mane2 persatuan pn akan dikenakan tindakan ke klau dier buat hal?? pelik la zz ni…konon2 mcm Seniman ni kerajaan utk artis2 n control sume artis n layak nk jatuhkan hukuman segala….

Loading...