Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zed Zaidi Pertikai Kehadiran Artis Kpop Di Malaysia

Susulan tersebar dokumen yang dikatakan perbelanjaan untuk membawa artis Kpop ketika Hari Belia baru-baru ini, Zed Zaidi selaku Presiden Seniman telah tampil dan meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi Twitter. Ternyata Zed Zaidi berpegang pada janji-janjinya ketika pemilihan Seniman untuk memperjuangkan hak artis tempatan.

kpop
Dan Abang Nara bersetuju dengan pendapat Zed Zaidi yang kecewa dengan jumlah perbelanjaan yang terlalu besar untuk membawa artis-artis Kpop ini sedangkan artis tempatan mendapat bahagian yang ciput.
kpop

Advertisement

Namun bagi Abang Nara, Zed Zaidi juga harus berfikir bagaimana Kpop ini dapat berkembang begitu pesat dan menjadi antara pendapatan eksport terbesar Korea Selatan. Masa  dulu-dulu, memang tak ada orang pandang Kpop. Namun dengan strategi yang begitu terperinci, Kpop kini bukan sahaja popular di Malaysia namun di seluruh dunia. Kalau orang Korea boleh lakukan, kenapa industri hiburan tempatan tak boleh lakukan perkara yang sama?

kpop

Bagi Abang Nara, kita memang sentiasa boleh salahkan orang-orang yang terlibat mempromosikan Kpop ini tetapi kita perlu sentiasa ingat tak ada demand tak adalah supply. Dan sememangnya demand untuk artis-artis Kpop ini untuk hadir membuat persembahan di Malaysia tersangatlah tinggi. Kesimpulannya, kita semua sepatutnya tidak hanya pandai mengkritik tetapi mencari jalan untuk mengembangkan lagi industri tempatan agar dapat duduk sama taraf dengan artis-artis Kpop ini.

Apa pendapat anda?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

521 Comments

  1. ~no name~

    June 24, 2012 at 2:00 pm

    assalamualaikum…

    owh….xpuas hati nape artis kpop dibayar tinggi ye???nape xnak pertikai harga keta mercedes dgn proton???nape ye harga proton murahhhhhhh….mercedes mahalllllll???
    sbb die KUALITI….kalo sesuatu barang itu berkualiti,org akan bayar harga berapa je pun untuk mendapatkan barang yg berkualiti..kalo brg kite agak x berkualiti, kena bayar harga ikut dengan kesesuaian la…xkan kalo korg jemput artis tempatan yg hanya sah2 femes kat negaraku yg tercinta malaysia ini dgn harga artis kpop yg da femes satu donia…adilkah???? Allah kurniakan akal fikiran utk manusia berfikir dan buat judgement yg betul….kalo sbb nk membela periuk nasi sdri dan rasa terancam dgn kehadiran artis luar, bg aku the beat way is bukan kita halang kemasukan artis2 luar ni..tp KORANG2 artis Malaysia ni….cubelah memperkambangkan bakat korang…bersaing secara sihat…tgk contoh Datuk Siti Nurhaliza, Ukays,Slam,Search,Ella,M.Nasir etc….artis2 ni cukup dihormati di Asia…dieorg xde pun nk kuar statement kna sekat kemasukan artis luar…dieorg diam2 je buat keje dieorng dgn ikhlas tanpa niat nak cantas mana2 artis…dan tgk…hasilnya…peminat masih lg bersama2 dgn dieorng smpai hari ni….
    kpd Mr President Seniman yg baru, jgn lah asyik nak fikir cara menyekat kemasukan artis luar….SEMAK la weh asyik dgr nak sekat artis luar…kita kena hormat minat setiap individu…dan percaya kepada kebolehan dan bakat yg ada..kalo ko xde bakat,xde demand…buat filem susah nak laku..xkan producer nak amik ko blakon(ni umum ye….bukan ditujukan kpd sesiapa)…buat filem drama ni kna invest duit…buat bisnes…mana ada org buat bisnes nak rugi….org gila pun tau basic of investment…kna ada return yg profitable..kalo returnnye loss…org x brani nk invest beb….

  2. ochee

    June 18, 2012 at 2:35 pm

    pada pendapat saya, kalau tak nak kebanjiran artis luar (bukan artis kpop sahaja, dari indonesia pun dan lain2), tingkatkan prestasi artis2 tempatan.. ini tak, kontroversi je lebih. suka buat publisiti murahan. bukan nak agungkan artis luar, tapi ini realitinya. bayangkan berapa orang artis yg dilahirkan dari rancangan2 realiti contohnya program nyanyian..kemana semua?? jadi DJ, pelakon, pengacara.. sebab apa? menang bukan sebab bakat tapi sebab rupa. sebab si polan tu hensem, lawa, undi pun dpt banyak kan.terus terang, saya mmg minat artis kpop, bukan nak berat sebelah, tapi contohi mereka , dari segi kualiti, mcm mana dorg boleh maju sampai popular seantero dunia. dorg mcm mana, dilatih dari segi vokal dan tarian ada yg sampai 5 tahun, baru debut , keluar single dan album. tapi hasilnya mmg hebat. sampai ke hollywood pengaruh dorg. kenapa nk berfikiran sempit sangat? contohi mana yg baik. dari segi kualiti terutamanya. kalau pakaian, mmg la.dorg bukan islam pun. even, artis2 kat malaysia ni pun, taraf lebih kurang mcm mat salleh, ada yg lg teruk dr itu pun ada. so, tugas penganjur malaysia la, tetapkan had pakaian dan persembahan artis2 luar. at least, dorg tau, hormat dan saya rasa dorg boleh faham dengan masyarakat dan negara kita mcm mana.

  3. gigi_01

    June 17, 2012 at 9:28 pm

    klau kte nk sekat artis luar nk dtg malaysia xpkir k klau artis malaysia plak nk wat promosi kt negara org cm ne plak? klau xnk ajk artis luar dtg malaysia so xde lah sektor pelancongan…pkir rasional la…ble artis kpop dtg malaysia rmai org dtg tgk including tourist..they come to malaysia…jgn terlalu berpikiran sempit…!

  4. Blackie gurlz

    June 17, 2012 at 8:52 pm

    Sy xska zed zaidi…dengki !

  5. Gelak bila tgk Zed Zaidi Melenting-- maaplah.. Mak x sokong ko...hohoho

    June 14, 2012 at 4:47 pm

    wahhh.. hebat sungguh komen En. Zed nie.. yea.. dia nie mmg anti artis luar ke? dulu aaron dah kena, skang nie KPOP kesayangangku plak dihentam.. lg suka Harun Salim Bachik jadi presiden seniman.. senyap jea dia tue…

    Well.. Zed Zaidi.. daripada ko pung pang..pung pang kat sini, apa kata ko cari jalan baiki artis malaysia yang ada… rata-rata artis skang nie especially yang baru nie.. bukannya berdasarkan bakat semuanya artis segera… mng sikit jadi artis.. tak dak bakat pun…including you…hahaha…. itu beza artis malaysia n artis luar..especially KPOP.. depa bukan sj ada bakat.. tp kerja keras yang depa hadapi semasa dorang nak jadi artis.. pe kata aku cadang ko tgk HOT BLOOD… One Day.. ko tgk dorang training mcm army.. just untuk naikkan mutu dan kualiti dorang sebelum debut as artist…..

    hmm plikla,Masa indon mengembang pesat kat sini tak dak plak ko nie nak pung pang..pung pang.. kan.. opps lupa plak ko time tue tak der jwtn pun kat dlm seniman… GILA KUASA….

    Well jgn main hentam kromo.. please watch,learn and sit back before you judge other people..

    Well… KPOP fans.. kita jgn lyn org gila kuasa nie…..Dia nie mmg anti artis luar… ABAIKANNNNNNNN

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama