August 23rd, 2012

Hari Raya sememangnya kita disuapkan dengan rancangan-rancangan TV yang menarik daripada stesen TV berbayar Astro. Abang Nara kurang melayan TV kerana sibuk berhari raya. Namun Zed Zaidi nampaknya tidak gembira dengan rancangan ulang tayang dan jumlah iklan yang semakin bertambah di Astro.

astro raya

Meluahkan perasaanya menerusi Twitter, Zed Zaidi mempersoalkan ketiadaan program raya yang baru di Astro sedangkan iklan bertambah banyak dan harga caj bulanan semakin meningkat. Malah Zed Zaidi turut menyelitkan persoalan mengenai royalti artis di dalam kenyataannya.

astro

Abang Nara rasa setakat ini pelakon tidak dibayar royalti walaupun rancangan mereka ditayang berulangkali menerusi mana-mana stesen TV. Pelakon bukannya seperti penulis lirik, pencipta lagu atau penyanyi yang mendapat royalti setiap kali lagu mereka dikeudarakan. Apa pendapat anda tentang kata-kata Zed Zaidi tentang Astro? Adakah anda menyokong kenyataanya atau anda membantahnya?


122 responses to “Zed Zaidi Pertikai Astro, Perjuangkan Royalti Artis Malaysia”

  1. hamba Allah says:

    part ni mmg aku sokong 100%..astro mmg dah melampau dan dah makan banyak duit org…cerita xabis2 dok ulang pastu siap nak promote channel baru soh amik…kurang ajar astro!!

  2. gugaga says:

    terminate jela akaun astro korng tu…
    boikot ramai2…cakap je x guna

  3. manis says:

    ha.. memang btol tu kata zed zaidi.. ulangan jerk setiap kali.. toksah tunggu raya.. citer² biasa pun banyak kali ulangan.. kalo ulangan tu sekali 2 takper.. nie dah berkali².. citer raya setiap tahun plak tu citer yang sama.. byaran bulanan makin lama makin naik.. siap goverment tax lagi.. walhal untung dah banyak tu.. kalo nak potong ontime la cam kata zed zaidi… tapi bila nak on balik kena tunggu la 3 ari la itu la ini la… tempat ku nie pakkal jerk la tak dapat kalo guna ereal.. kalo tak, tak hengin ku guna astro.. bazir oit jerk… citer ulangan bertahun²…. patot krajaan sekat jerk… krajaan kena kan dia goverment tax.. dia plak kena kan pengguna goverment tax.. setiap pengguna plak tu.. baper banyak dia untungg… tu pon citer ulangan jugakkkk kuar kan.. hampeh sesangat nyer…3
    seb la ader zed zaidi nie usul kan kan…

    ha… pkir² kan laa ek…

  4. ghostlead says:

    1. ZZ dilihat sebagai insan yg ingin menjalankan tanggungjawab sebagai presiden persatuan. Kalau ORG BIASA bising lebey tp artis lain OK je nk kn pembaharuan drpd ZZ, korg sape nk bersuara lebey2? ZZ nk jlnkn amanah yg diberikan kpd dia. So OK what? apa nk kecoh2.

    2. Pasal ASTRO byk iklan ni, MEMANG BETUL bukan bohong lagi dah tapi bg sesetengah channel dia jer. Lps tu, SIARAN ULANG2 ni kena la buat research btl2 dulu sblm hentam ORG LAIN kaw2. mcm RIA, PRIMA, CERIA dan MUSTIKA, kena teliti btl2 nape ulang2. mcm HBO, FOX sama MAX, kena teliti jgk nape ulang2 (siaran direct
    :satelit dr negara luar). TAPI bg siaran ulangan channel SPORT xde plak org bising. NAPE YER? Jgn BIAS tapi buat research dulu. Solution mudah je saudara saudari ;

    NAK ASTRO = LANGGAN ASTRO
    XNAK ASTRO = POTONG ASTRO (LANGGAN UNIFI KE BENDA LAIN KE)
    XPUAS HATI DGN ASTRO = IKT SALURAN BETUL (JGN TUM3 LUAH PERASAAN TAPI APA PUN XDAK)

    mcm nk guna khidmat telco la jugak. celcom ada, digi ada, maxis ada, U Mobile ada, problem sama gak. xnk guna dah perkhidmatan tu, POTONG, PILIH YG LAIN. Byk PILIHAN KAN? Jadi org BIJAK sekalian, JGN HENTAM ORG TUM3 TAPI APA PUN XBOLEH!

    3. Kenyataan No.2 tidak ada kena mengena dgn kenyataan ZZ (Cuma utk pengkomen2 TEGAR di atas serta di bawah). Tapi apa yg nk disuarakan oleh ZZ pasal ROYALTI ARTIS melalui ASTRO. Yg org lain gebang lebey sama gelabah lebey nape? :)

    Saya sokong apa yg disuarakn oleh ZZ tapi biar PROFESIONAL apa yg nk ditanya sama nk dituju bro. Next time jgn hentam kromo je bro. Buat kerja PRO baru sama level gan jawatan yg disandang skrg. :) Peace.

    • face off says:

      i sokong u. kje ZZ tu biar ZZ buat gan ahli jawatankuasa dia.
      pasal astro tu, i suka. kalo nk langgan, kalo xnak xyah langgan.

Loading...