Zed Zaidi Mohon Maaf Kenyataan Bodoh Mengenai MH370

Hiburan

Zed Zaidi Mohon Maaf Kenyataan Bodoh Mengenai MH370

Satu dunia sedang bersedih mengenai kehilangan pesawat MH370. Kejadian yang berlaku awal pagi semalam ini mengejutkan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir kesemua penduduk dunia tertanya-tanya apa yang terjadi kepada penerbangan dari Malaysia ke Beijing ini. Hampir kesemua pengguna media sosial bercerita mengenai perkara ini dan berharap yang terbaik kepada pesawat MH370.

mh370

Advertisement

Namun seperti biasa, di kala orang ramai mengeluarkan kata-kata sokongan dan kesedihan, ada juga pihak yang tidak sensitif. Salah seorang yang mengeluarkan kenyataan “bodoh” yang tidak kena pada masanya ialah Zed Zaidi. Tidak diketahui apa yang bermain di fikiran pelakon ini ketika membuat kenyataan di bawah menerusi Twitternya.

mh370

Susulan kenyataan ini, nama Zed Zaidi terus menjadi “trending” di seluruh dunia dengan hampir kesemua pengguna media sosial lain mengkritik kata-katanya. Salah seorang senior di dalam industri hiburan iaitu Erma Fatima menegur perbuatan Zed yang sangat tidak sensitif.

mh370

Menyedari kesilapannya, Zed Zaidi tidak lama kemudian mengeluarkan kenyatan memohon maaf terhadap kata-kata yang telah dikeluarkan. Walaupun begitu sehingga ke hari ini namanya masih “trending” di laman sosial dan masih ramai yang mengkutuk tindakannya. Diharap agar artis lain berfikir panjang sebelum membuat apa-apa kenyataan kerana realitinya segala kata-kata anda diperhatikan oleh orang ramai.

mh370

Apa pun, sama-samalah kita doakan agar apa yang terjadi kepada pesawat MH370 dapat diketahui dengan kadar yang segera. Sama-samalah kita bersedekah Al Fatihah kepada mereka yang terbabit di dalam kejadian ini. Semoga ahli keluarga yang terbabit tabah menghadapi dugaan yang amat besar ini. Insya Allah segalanya akan dipermudahkan. Amin.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...