Zed Zaidi – Isu Seksi: Jangan Salahkan Artis Seratus Peratus

Hiburan

Zed Zaidi – Isu Seksi: Jangan Salahkan Artis Seratus Peratus

Perbuatan Nabila Huda yang berpakaian telampau seksi semasa menghadiri Malam Anugerah Blockbuster malam Sabtu lepas mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Rata-ratanya (termasuk bapa Nabila, Amy Search)  mengkritik Nabila dan meminta pelakon itu berhati-hati dalam berpakaian di masa akan datang.

Sinar Harian bagaimanapun telah menemubual Zed Zaidi, Presiden Seniman berhubung perkara ini dan beliau mempunyai pendapat yang agak ‘melawan arus’.

Artis yang hadir sesuatu majlis atau program akan memilih fesyen pakaian bergantung pada tema, jadi, penganjur sepatutnya perlu membuat tema yang lebih kepada islamik. Kalau tema fesyen islamik digunakan, lama-lama semua artis pakai tudung.

Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab.

Mungkin Zed menyatakan yang pihak penganjur juga ada kesalahan dalam perkara ini, namun perlu ditekankan yang hanya Nabila Huda saja yang tampil dengan pakaian yang sangat menjolok mata. Mungkin tema yang dimaksudkan perlu sangat terperinci, sedangkan berpakaian dengan tidak melampaui batas itu termasuk dalam perkara common sense? Walaupun penganjur tidak menetapkan temanya, agama dan budaya masyarakat kita sudahpun menerapkannya dari awal.

Zed Zaidi turut berkata, setiap penganjuran perlu jelas temanya selain digalakkan tema yang sopan kerana ia sekali gus dapat menggalakkan artis dekat dengan Islam.Ini salah satu dakwah yang berlainan kerana apabila tema fesyen islamik sudah ditetapkan, tidak mungkin artis itu datang dengan terdedah sana sini.

Jika artis itu (tetap) datang dengan pakaian seksi, artis itu memang bermasalah. Menurut beliau lagi:-

Artis yang berhijab sekarang ini, dulu semua seksi, terdedah sana sini tetapi perubahan yang mereka alami menggembirakan banyak pihak.

Perkara seperti ini yang sepatutnya dihebohkan supaya menjadi ikutan kepada peminat tetapi kenapa isu artis berpakaian seksi yang sering diberi perhatian?

Zed Zaidi yang juga pelakon drama Sembilu berharap agar kod etika berpakaian artis akan lebih diberi penekanan.

Kod etika yang sedia ada tidak memaksa mana-mana artis mematuhi kod pakaian yang digariskan.Jika ia diamalkan oleh semua artis yang beragama Islam, saya percaya ia akan jadi ikutan,malah mereka akan jadi ikon serta fesyen mereka menjadi ikutan.

Advertisement

Pada pendapat kami, semua orang perlu bertanggungjawab pada pilihannya sendiri. Iyalah, jangan biarkan orang lain berfikir untuk kita, sebaliknya kita perlu berfikir untuk diri kita sendiri. Ibaratnya, kerana kita sendiri tidak menggunakan common sense seperti tidak memberi isyarat sewaktu menukar haluan semasa memandu, kita terlibat dengan kemalangan.

Dan kemudian kita salahkan jalan raya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

173 Comments

  1. opah

    November 7, 2012 at 12:59 pm

    opah nak bg tau…. zid zed pttnye kene peke skit… sbb nye zid zed kan ke org kuat… kalu tak ditegor, susah la zid zed oiiiii…. skrg ni mcm zid zed nak lepas tgn kat org lain…. etika pakaian sume udah tau rasanya… cuma nak ngan tak nak je….

  2. HUda

    October 15, 2012 at 9:22 pm

    ntahlaaaaahhhh…semakin menyampah aku ngan ko zed…..ntah ape2 kau perjuangkan….

  3. Anonymous

    October 12, 2012 at 5:02 pm

    Kawan semua… Sama2 lah kita doakan yang terbaik buat mereka yang jahil ttg agama.. Beilah mereka peluang.. Jangan terus dihina dimaki.. Islam x ajar kita mcm tuh…K

  4. Uui

    October 11, 2012 at 7:40 pm

    Bodoh gile zed ni!!!! Hal len ko sbuk bising hal artis seksi ko leh kate mcm ni???? Aku pnh jmp ko .. Mmg bini ko pon seksi!!! Sengal nye presiden!!!otak kat lutot!

  5. Saya

    October 11, 2012 at 6:09 pm

    (1) Kata Zed Zaidi: “Jangan salahkan artis seratus peratus, pihak penganjur juga bertanggungjawab”

    Saya : Apabila seseorang telah baligh, maka pada waktu itu dosa dan pahala sudah dipikulkan atas diri mereka. Jadi mengapa perlu menyalahkan orang lain? Sedangkan kita sebagai orang Islam sudah tahu halal haram dan adab berpakaian yang sepatutnya.

    (2) Kata Zed Zaidi: “Kenapa isu artis berpakaian seksi yang sering diberi perhatian?”

    Saya : Eh1 Eh! Kan engkau sendiri yang cakap, “Artis boleh jadi ikon serta fesyen mereka menjadi ikutan”. Pasal itulah artis berpakaian seksi perlu diberi perhatian- Untuk menyedarkan mereka-mereka yang berpakaian seksi inilah, supaya cara berpakaian seksi mereka tidak jadi ikutan terutama peminat remaja.

Loading...