January 28th, 2020

Sejak beberapa hari ini isu wabak Coronavirus menjadi topik perbualan yang paling hangat dalam kalangan warga Malaysia. Terdapat beberapa berita palsu yang sengaja ditularkan, membuatkan lebih ramai orang panik. Sebab itu, pihak kerajaan sudah memberikan peringatan kepada orang awam untuk jangan sebarkan sebarang maklumat palsu mengenai wabak berkenaan sehingga bokeh mencetuskan huru-hara.

zed zaidi coronavirus

Bagaimanapun, bukan semua orang peka atau “pandai” membezakan yang mana satu berita sahih atau sebaliknya. Baru-baru ini, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi dikecam teruk selepas mengongsikan berita palsu berkaitan Coronavirus.

Menerusi akaun Twitternya, Zed memuat naik paparan berita mengatakan semua negara telah menghalang kemasukan rakyat negara China kecuali Malaysia.

zed zaidi berita palsu coronavirus

Malangnya, foto yang dikongsikan oleh Zed itu sememangnya palsu dan “berita” tersebut boleh direka oleh sesiapa sahaja melalui laman breakyourownnews.com, dengan memasukkan teks dan imej didalam ‘template’ yang disediakan.

Rata-rata netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM untuk mengambil tindakan ke atas Zed kerana telah menyebarkan berita palsu. Ini boleh mencetuskan salah faham dan membuatkan keadaan menjadi huru-hara.

zed zaidi coronavirus zed zaidi berita palsu coronavirus

zed zaidi dikecam

Ada segelintir netizen menyifatkan tindakannya menyebar berita yang tidak sahih itu sebagai ‘bodoh’.

Meskipun dikecam teruk, Zed nampaknya masih tetap dengan “pendiriannya” dan masih belum memadam ‘tweet’ tersebut.

Semak dahulu fakta sebelum hendak sebarkan berita. Kena lebih berhati-hati apabila membaca maklumat yang tersebar media sosial kerana bukan semuanya betul.

3 responses to “Zed Zaidi Dikecam Teruk Sebar Berita Palsu Tentang Coronavirus”

  1. Anonymous says:

    Zed, malaysia kne bala sbb PM kesayangan ko dan org2 umno dulu ske bersumpah..skrg y kne seluruh malaysia…lg satu ko ni bodoh laa zed..kebanyakan negara banned pelancong china dari wuhan n hewbei je termasuk malaysia…yakin sgt ko negara lain banned pelancong china..ko x duduk kat negara tu mne ko tau tindakan ape y diorg amik..skrg ni hmpir satu dunia dh terkena wabak ni..US pun dh ade kes…klu btl diorg sekat xde laa US pun blh terkena..US lg ketat kot…

  2. Anonymous says:

    alah ni semua yang sentap macam babi kena panggang ni semua penyokong PH lah ni. tau dah kerajaan langit ko tu maksum suci murni tak boleh di kritik. takut sangat berita palsu konon, kerajaan ko naik pun sebab fitnah ada hati nak preach about fake news woiii

  3. Anonymous says:

    Inilah yg dikatakan hukum karma..suka benci orang asing termasuk orang singapura..last2 kena batang hidung kau sendiri

Tinggalkan Komen Anda Di Sini