January 9th, 2018

Pasti ramai yang menyangka disebalik populariti dan kehidupan glamor artis, mereka tentu mempunyai wang yang banyak dan kalau tiada “job” masih mampu untuk meneruskan hidup dengan “kekayaan” yang mereka ada. Namun, itu semua hanya luarannya sahaja.

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi baru-baru ini mendedahkan 300 orang artis sedang diburu Ah Long kerana meminjam wang secara haram disebabkan kekurangan tawaran kerja.  Mereka membuat aduan kepada pihak Seniman agar keselamatan mereka itu terbela.

Advertisement

Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela. Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri? Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.

Menurut Zed, sepatutnya penggiat seni Malaysia harus menjadi lebih “versatil” dan berani mencuba perkara baru agar dapat diterima dalam industri dan seterusnya menambahkan lagi sumber pendapatan mereka.

Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu ini, bukan artis sahaja yang tidak dapat cari makan, malah orang biasa juga mempunyai masalah yang sama. Meskipun ada yang membanting tulang membuat dua hingga tiga pekerjaan, semua itu masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan hidup mereka.  Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : Astro Awani

Advertisement

70 responses to “Zed Zaidi Dedah 300 Artis Malaysia Berhutang Dengan Ah Long Kerana Tiada Tawaran Kerja”

  1. Random says:

    its time for all the artis/art industry to be more realistic..korang kalau bersatu buat something big..i dunno la cannot think what..tapi business la/courses ke..something valuable to the mass market..sbb sorang2 korang ni ade pengaruh..selain seniman ni buat persatuan lain pulak..and go on rotation untuk organize this big thing..buat monthly basis ke..xtaula..korang kreatif..be creative..!

  2. achik cleaner gojes says:

    susah pinjam ah long buat ape..AIM kan ade..TEKUN…BANK RAKYAT..apada…itupun nak ajar

  3. Mak joyah says:

    Bukan jer retis. Yg rakyat biasa pun hadap benda yg sama. Yg retia ni pun, masa senang job tgh lebat tak ingat masa suram. P
    Belanja mewah..sambut bday pong gi oversea. Semua oversea lh. Bila dh sendu n melingkup baru sedaq. Tu lh..nak bergaya..n tunjuk diri tu mewah..x main lh brg pasar malam. Bila dh x laku..mula mengelupur smp pinjam along.
    Kalau rumah tu x main sewa teres..paling cikai apartment mewah. Bila tak berduit..rumah pangsa pun jadi. Message nya di sini. Beringatlah.

  4. kami tak tolong says:

    tak yah lah kesian sgt ngan golongan retis nih. org lain pon same gak. ramai budak2 engineer skg ni kene buang kerja. petronas dh start tak ambil org. contract abis tak sambung dh. gaji kene turun beberapa peratus tok mengelakn kene buang. ekonomi mesia makin teruk sbb kene tanggung perbelanjaan kakros.mah. 1 mesia kene bli brg mahal2 tok die. …

  5. Anonymous says:

    abes artis xnak keje part time, mcm mr os tu siap bwk taxi kalau takde job, at least dpt jugak menyara anak bini ok je aku tgk walau hidup x glamer mane dgn baju ke beg ke kasut berjenama. ni artis kite takot dipandang x glam, x mewah, xde klass, tapi hidup poket kosong nak watpe. pastu kat IG kemain kalah jutawan.

Loading...