January 9th, 2018

Pasti ramai yang menyangka disebalik populariti dan kehidupan glamor artis, mereka tentu mempunyai wang yang banyak dan kalau tiada “job” masih mampu untuk meneruskan hidup dengan “kekayaan” yang mereka ada. Namun, itu semua hanya luarannya sahaja.

Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi baru-baru ini mendedahkan 300 orang artis sedang diburu Ah Long kerana meminjam wang secara haram disebabkan kekurangan tawaran kerja.  Mereka membuat aduan kepada pihak Seniman agar keselamatan mereka itu terbela.

Mereka membuat aduan kepada Seniman untuk mendapatkan kerjasama agar keselamatan mereka terbela. Faktor peluang yang kurang dalam industri ini diumpamakan sebagai satu pentas dikongsi dengan 10,000 penggiat seni. Jadi bagaimana mereka mahu sara diri? Apatah lagi pada masa ini terdapat lambakan graduan dari fakulti-fakulti seni yang turut mencari pekerjaan dalam industri ini.

Menurut Zed, sepatutnya penggiat seni Malaysia harus menjadi lebih “versatil” dan berani mencuba perkara baru agar dapat diterima dalam industri dan seterusnya menambahkan lagi sumber pendapatan mereka.

Dalam zaman ekonomi yang tidak menentu ini, bukan artis sahaja yang tidak dapat cari makan, malah orang biasa juga mempunyai masalah yang sama. Meskipun ada yang membanting tulang membuat dua hingga tiga pekerjaan, semua itu masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan hidup mereka.  Apa pendapat anda mengenai isu ini?

Sumber Berita : Astro Awani


70 responses to “Zed Zaidi Dedah 300 Artis Malaysia Berhutang Dengan Ah Long Kerana Tiada Tawaran Kerja”

  1. Joyah says:

    Tak kisah lah artis atau bukan artis, hidup kena sederhana. Ada artis yg sangat berjaya macam Dayang Nurfaizah, tapi tak kemaruk show off sana sini. Saya rasa yg jatuh merundum selepas popular tu kebanyakannya artis suam kuku yg takde real talent. Dah tahu takde bakat, buatlah cara Ayda Jebat, beli peminat guna Twitter…

  2. Akuawak says:

    Dh viral pun list nama 300 artis malaysia kt group whatsapp. Pelakon, penyanyi, pelawak semua ada.Ada yg kt insta bukan main post pics melancong overseas, beg LV, keta mewah, lunch dinner tmpt mewah tpi pinjam ahlong. Sanggup pinjam ahlong sebab nak bergaya macam orang kaya?? Nak tunjuk mewah kt followers dlm insta bigo bagai.. Dapat payment berlakon drama film host nyanyi event g perabis duit beli barang2 mahal nk berlagak, bila nak survive bulanan xcukup pastu g pinjam ahlong..

  3. neutral says:

    Jaga status sanggup berhutang.. nielah dia artis malaysia… sanggup berhutang pastu menyusahkan orang lain bila dah tak mampu nak bayar.. Aku nak bagi contoh yea.. artis korea especially idol bukan semua berjaya n meraih berjuta-juta pendapatan.. hanya segelintir jea yang capai tahap itu.Kebanyakan mereka terpaksa hidup susah walaupun bergelar artis, masa tak ada job dorang buat kerja lain even part time di restoran pun dorang buat. lagi2 cost living dorang tinggi and competition very high.. tapi dorang tak malu pun sebab dorang nak survive..tapi artis malaysia tengok list woww..sanggup berhutang sebab nak jaga status.. apa salah korang cari kerja lain tuk support idup ko dah tahu idup as artis nie tak tetap income.. apa keja2 biasa nie hina sangat ke. keja2 biasa nielah yang jadi punca utama negara.

  4. Sheilaketot says:

    mohon sheila majid meratib hidup susahhhh…meanwhile kita elok2 je kat ofis ni. hujung bulan dapat gaji. hujung tahun dapat bonus, increment. tak perlu pon bila tua sok, takde job, sakit, duk rumah setinggan, mula buat sob story mintak derma kat melodi. ko joli katak masa muda ko tak pikir kan. puiiiiii

Loading...