Maafkan Abang Nara kerana terlambat menulis tentang Gegarvaganza minggu kedua yang telah berlangsung Ahad lalu. Demam Gegarvaganza setiap minggu nampaknya semakin hebat melanda Malaysia. Untuk minggu kedua, Zarul Umbrella mengungguli tempat pertama sementara Razif Ismail telah menjadi peserta pertama yang diumumkan tersingkir. Namun begitu, persembahan yang paling menyayat hati sudah tentu nyanyian dari Elly Mazlein dengan lagunya, Berpisah Jua. Memang boleh leleh air mata beb.
Dalam pada itu, Azharina telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Vokal Paling Menyengat dan membawa pulang rantai mutiara tajaan Raflesia bernilai RM5,000, penginapan tiga hari dua malam di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, Rebung SPA, baucer tunai tajaan Go Shop berjumlah RM1,000 dan barangan Pamoga Qu Puteh. Apa pun Abang Nara cukup teruja kerana Zarul Umbrella membuktikan kemampuannya sebagai seorang penyanyi yang hebat di minggu kedua ini. Keep it up.
Tak sabar rasanya menanti minggu ketiga Gegarvaganza 2016. Kali ini lagu tugasan yang diberikan memang cukup mencabar. Tak sama langsung dengan genre lagu peserta-peserta. Fuh!!! Sama-sama kita nantikan. Apa pendapat anda tentang konsert Gegarvaganza minggu kedua?