Setelah lama berfikir, akhirnya penyanyi Zarul Umbrella telah membuat keputusan untuk meletak jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS) selepas 17 tahun berkhidmat untuk fokus kepada bidang nyanyian. Populariti beliau mula meningkat semula sejak menyertai program Gegar Vaganza 3.
Sudah lama saya menimbangkan dilema sama ada ingin terus bekerja dengan Malaysia Airlines atau fokus kepada kerjaya sebagai penyanyi.
Saya yakin dengan keputusan untuk menjadi penyanyi sepenuh masa. Keputusan yang dibuat adalah hasil perbincangan bersama isteri dan keluarga. Semoga tindakan yang diambil adalah perkara terbaik untuk kerjaya saya buat masa ini.
Menurut Zarul, beliau selepas ini harus bijak merencana kehidupan dan masa depannya kerana sudah tidak bergaji tetap.
Memandangkan saya sudah tiada gaji tetap, saya perlu menyusun dan menyimpan wang sebaik mungkin. Ibaratnya, saya bertukar syarikat kerja saja kerana sekarang tertumpu kepada bidang nyanyian.
Jika saya rindu untuk terbang di awan biru, saya boleh kembali bekerja selepas dua tahun. Itu semua bergantung kepada keadaan dan masa depan.
Kami harap keputusan yang dilakukan oleh Zarul Umbrella adalah yang terbaik buat dirinya. Semoga terus maju dalam bidang nyanyian.