December 20th, 2016

Sejak muncul didalam program Gegar Vaganza 3, rezeki penyanyi Zarul  Umbrella lebih murah. Bahkan, ramai anak muda juga mula meminati Zarul.

Jadual undangan nyanyian beliau juga agak penuh dan sebelum ini beliau ada menyatakan hasrat untuk meninggalkan kerjayanya di awan biru sebagai pramugara. Walaubagaimanapun, Zarul masih belum memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Terbaru menerusi ruangan Poklip di Utusan Online, ada sumber yang mengatakan Zarul akan menghantar surat berhenti kerja pada penghujung bulan ini.

Menurut Poklip lagi, pendapatan Zarul sebagai penyanyi kini lebih menguntungkan sejajar dengan populariti beliau.

Apa pun keputusan Zarul kami berharap ia adalah yang terbaik buat dirinya. Mungkin sudah tiba masanya untuk Zarul kembali serius dalam bidang nyanyian. Walaupun pada usia 40 an, gaya beliau boleh diterima seluruh lapisan masyarakat.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...