Dikecam baru-baru ini kerana berkongsi video yang dianggap peribadi membabitkan anaknya, pelakon Zarina Zainuddin tampil mempertahankan tindakannya.
Menerusi Instagram, Zarina mendedahkan dia menerima banyak mesej daripada warganet yang memaki hamun dan mencemuhnya sengaja menyebarkan aib anaknya sendiri kepada umum.
Bagaimanapun, dia menerangkan bahawa tujuannya berkongsi video Azal tersebut adalah untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang autisme, bukanlah sengaja mahu membuka aib seperti yang dituduh netizen.
Katanya lagi, orang ramai sukar untuk faham apa yang diterangkannya di dalam video itu kerana mereka tidak berdepan dengan situasi menjaga anak istimewa.
Di luar sana ramai anak-anak syurga yang ada macam-macam masalah sama. Orang normal cakap benda ini kotor. Anak-anak ini perlu dididik agar mereka faham benda itu salah jangan tengok nanti boleh merangsang ke arah itu.
Sementara itu, Zarina turut berkongsi pengalamannya sebelum ini pernah diraba oleh kanak-kanak autisme di depan ibu bapanya sendiri.
Saya nak cerita payudara saya juga pernah kena ramas dengan anak autisme lain. Ibu bapa dia pun tercengang. Sebab itu saya tekankan untuk anak-anak autisme kita kena cakap ‘no’.
Meskipun semangatnya dijatuhkan oleh masyarakat namun Zarina berterima kasih kepada mereka yang memberikannya kata-kata semangat dan faham apa yang cuba disampaikannya.
Dia juga berpesan kepada netizen yang tidak sukakan perkongsian yang sebegitu daripadanya untuk ‘unfollow’ akaun Instagramnya.
View this post on Instagram