Zarina Zainuddin Kagum Sifat Rendah Diri Mira Filzah, Tempelak Artis Baru Sombong dan Suka ‘Perasan Bagus’

Hiburan

Zarina Zainuddin Kagum Sifat Rendah Diri Mira Filzah, Tempelak Artis Baru Sombong dan Suka ‘Perasan Bagus’

Pelakon Zarina Zainuddin yang sering berkongsi pengalaman menjaga anak autism di laman instagramnnya baru-baru ini meluahkan kekesalan terhadap beberapa artis baru yang bersikap sombong dengan pelakon serta kru yang lebih senior dan berpengalaman.

Dia berkongsi luahan tersebut melalui video yang dimuatnaik di laman Youtube miliknya. Dalam video tersebut, Zarina menasihati pendatang baru dalam industri seni supaya lebih menghormati kru dan barisan pelakon yang lebih tua.

Advertisement

Dalam pada itu, Zarina sempat memuji sikap pelakon cantik, Mira Filzah yang sopan dan pandai membawa diri di set penggambaran. Dia juga menganggap Mira sebagai artis baru yang pandai menjaga diri serta bergaul dengan semua kru yang bertugas.

“Tapi ada pelakon yang pandai hormat orang walaupun nama besar macam Mira Filzah..dia pandai jaga diri, pandai hormat orang, pandai bercampur dengan orang. Dengan orang tua-tua dia hormat. Kalau dia tahu ada pelakon lama dia yang akan cari, bukan kita yang cari dia,”

View this post on Instagram

#bidadarikirimantuhan Bersama mak mah dan @raja_azura

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

 Menurutnya lagi, ada juga segelintir artis baru yang namanya sedang meningkat naik sombong dengan orang sekeliling. Sikap tidak pandai membawa diri demi reputasi sendiri boleh memberi kesan jika ingin bertahan dalam dunia seni.

“Kita kena pandai bawa diri..kalau pandai bawa diri, dah jadi nenek pun orang akan panggil lagi untuk berlakon sebab tak banyak perangai dan tak banyak karenah.

Akhirnya dalam video tersebut, dia berpesan kepada artis di luar sana supaya usahlah terlalu bersikap ‘diva’ dan ‘perasan bagus’ jika ingin terus berjaya dalam industri hiburan ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...