Zarina Zainuddin Hanya Mahu Kongsi Perkembangan, Tiada Niat Jadikan Sky ‘Content’ – “Tak Semua Benda Saya Rakam..”

Hiburan

Zarina Zainuddin Hanya Mahu Kongsi Perkembangan, Tiada Niat Jadikan Sky ‘Content’ – “Tak Semua Benda Saya Rakam..”

Pelakon, Zarina Zainuddin tampil menegaskan bahawa dia tidak berniat mengambil kesempatan atas kedukaan orang lain.

Sebaliknya, dia berkongsi mengenai anak usahawan terkenal, Ridzuan Ridzokumura, kerana menyedari ramai yang simpati dan prihatin terhadap keadaan remaja tersebut.

Advertisement

zarina zainuddin

Menurut Mstar, dia amat berhati-hati sebelum memuat naik sebarang hantaran berkaitan Sky Taizo Okumura di media sosialnya.

Pelakon itu juga menjelaskan bahawa dia tidak merakam keseluruhan aktiviti harian Sky, sebaliknya hanya momen tertentu seperti waktu berbuka, sahur, dan solat bersama untuk tatapan umum.

Bukannya saya ambil kesempatan dengan buat video siaran langsung selama 24 jam sehari.

 

Tak semua benda saya rakam sebaliknya hanya post benda-benda baik. itupun hanya kongsi di Instagram Story sahaja.

 

Kalau ada yang mengutuk, saya hanya bersyukur. Di bulan Ramadan ini sepatutnya mencari pahala bukan dosa.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Dalam pada itu, pelakon itu turut memberitahu Sky sedang cuba untuk memproses dan menyesuaikan diri dengan kehidupan baharunya walaupun masih belum ada kekuatan untuk pulang ke rumah mereka.

Alhamdulillah Sky seorang anak yang baik dan tabah orangnya dalam berdepan dugaan.

 

Sepanjang berada di rumah saya, kami solat sama-sama dan dia sentiasa mendoakan arwah ibunya.

Kata Zarina, Sky juga tidak memilih makanan walaupun dia sangat merindui masakan air tangan ibunya.

Alhamdulillah setakat ini apa yang saya masak semua dia makan.

Sebelum ini, Ridzuan memaklumkan isterinya meninggal dunia namun tidak menyatakan punca kematiannya.

Walau bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan telah mengesahkan wanita warga Jepun yang maut terjatuh di sebuah kondominium merupakan isteri kepada usahawan berkenaan.

zarina zainuddin dikecam netizen tak beri ruang pada sky
3 days ago

Kerap Buat ‘Content’ Tentang Sky, Netizen Nasihat Zarina Zainuddin - “Tolong Hormat Privasi Dia..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...