January 3rd, 2018

Persaingan dalam perniagaan ialah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia ialah adat berniaga tetapi jika tidak sukakan persaingan, janganlah bersikap kurang ajar. Lebih menyedihkan, ia dilakukan oleh individu sebangsa dan seagama.
Melalui akaun Instagramnya, pelakon Zarina Zainuddin telah ditengking dan dihalau ketika berniaga pulut dan rendang di Dataran Lumut, Perak oleh seorang peniaga lain yang tidak senang dengan kehadirannya untuk berniaga di situ:

Assalamualaikum

Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.

Saya baru sampai di sana dan tak tahu nak ke mana jadi saya pun duduk sebentar dgn Azil ditepi bucu. Ada tempat duduk di situ. Sementara tengok handphone saya, customer saya dah sampai, nak tahu Kak Ina kat mana.

Sebab tak ada parking saya turun dulu suruh adik saya parking kereta.

Tetiba datang seorang peniaga buah buahan suami isteri marah marah kat saya, suruh angkat pulut saya di situ.

Bagi lah salam bang, tiba-tiba menjerit, saya dahlah dengan Azil tak tentu arah jadinya. Kita ini orang Melayu jangan berdengki sama sendiri.

Awak jual buah, saya jual pulut, jauh tu baru jer ingat nak beli buah rambutan yang awak jual tu kawan saya @umieaida9 suka rambutan.

Awak nak marah pun jangan tengking-tengking orang. Customer saya tengah nak beli pun dia halau. Last-last saya dapat satu parking kereta, isterinya datang beli pulut saya pastu tanya saya lagi lepas ni nak ke mana jual pulut?

Kakak tu pun suggest tempat untuk saya jual pulut saya takpe lah saya sedekahkan semua pulut itu pada orang-orang yang ada, hari dah malam .

Saya datang nak beli ikan bilis mata biru di Lumut, nak buat menu baru sambal ikan bilis dengan petai dan pulut kuning. Kalau berdengki macam ni sampai bila pun kita tak boleh maju. Melayu le tu yea..orang Melayu.

Saya dapat pahala bagi orang makan semalam .. Allhamdulillah

Duit boleh cari bang atitude tak boleh beli ..ia lahir dari jiwa yang tulus..walau kadang -kadang ada orang mengata kita kat belakang ..Rezeki Allah bagi

Semoga abang tu dapat membersihkan hatinya .. Arini saya berpuasa semperna hari terakhir tahun ini ..puasa ganti daa..hihihi..

Walaupun tidak menjana keuntungan dan mungkin telah mengalami kerugian, sekurang-kurangnya Zarina telah mendapat pahala menyedekahkan makanan kepada orang ramai.

Betul juga, berniaga pun lain-lain produk, kenapa mesti berdengki dengan orang lain? Masalah orang tidak senang kita berniaga di tempat tertentu ini memang telah lama berlaku dalam masyarakat kita. Kalaupun Zarina tidak sepatutnya berniaga di situ, peniaga tersebut sekurang-kurangnya boleh menegur dengan baik, bukan? Apa pendapat anda? – beautifulnara.com


31 responses to “Zarina Zainuddin Ditengking Dan Dihalau Peniaga Biadap”

  1. senjakala says:

    Aku ada pengalaman berniaga bazar ramadhan bila entah siapa brniaga kat lot aku. Aku baru ckp tempat tu lot aku, yg entah siapa ckp lak, ” kami bukan nk gaduh”…..adoi naik terus darah ke kepala. Siapa nk gaduh? Terus hilang sopan aku dan kata balik, ” jap lagi saya dtg awak jgn ada kat sini”….( sambil menjeling). haha….

  2. aku says:

    xyah la mentioned sedekahkan pulut tu & dapat pahala…pastu nk bgtau dia puasa sempena tahun baru…alahaiiii…amal ibadat kita biar Allah je yg nilai, x perlu nk war2 kan..& tunjuk baik…statement dia ni, buat aku nk tau gak cerita belah pakcik jual mutan tu..hehe

  3. haha says:

    Beginilah..sebelum nak bashing ke apa, kena tau story dua2 belah pihak jugak. baca ayat dia ni “Semalam saya berniaga pulut di Dataran Lumut kena halau dgn orang orang yang sama meniaga disana..bising bising dia cakap tapak tu dah disewa untuk semua peniaga sana.”.

    Jadi, walaupun peniaga tu salah sbb tidak berbudi bahasa, tetapi si Zarina juga bersalah sbb berniaga tanpa kebenaran. Tanpa kebenaran bermaksud tidak membayar sewa tapak ya. Jadi, agak tidak adil di situ disebabkan peniaga lain termasuk peniaga yg kurang ajar tu dah membayar sewa untuk berniaga. Zarina jual mestila guna harga standard bukan? untung berganda. Jadi move on aja.

    • HUHU says:

      agak mahal la reganya. tapi kalo nk rasa, bole la try beli. da try sekali, tu je la sekali hakak beli. huhuhu.. ni semua strategi perniagaan. ko ada nama, kebetulan lak ada ank2 yg mudah disimpati oleh masyarakat, why not? walaupon bukan niat marketingnya gitu.. yang kita perlu ingat, manusia ni kerapkali, menaip lain, luaran lain, niat lain, dan mcm2 lain.. AKHIR ZAMANN..

    • noname says:

      Rasenye dia COD pulut customer kat situ… Bila bace balik artikel, tu yg saya paham lah. Kalau setakat COD apelah salahnya, bukan dia kekal meniaga kat situ pun. Takkan la dia x tau undang2. Maybe kebetulan dia nk ke Lumut, dia pun ambik la order org2 sekitar situ. Wallahualam. Moga baik2lah hendaknya. Kita sesama manusia, sesama Islam terutamanya usahle berdengki, buang jauh2 sikap busuk perut tu… Rezeki bumi Allah ni sama2 kita rasa… peace. =)

    • haha says:

      itu saya cakap, dalam hal ni dua2 ada salah jugak. kalau penjual buah tu tegur baik2, maybe dia akan tau si Zarina ni cuma COD shja. Si Zarina pulak, janganla up2 cerita mcm ni. Simpan sendiri aje. Maybe belah side penjual buah tu pernah ada pengalaman orang main meniaga aje kan? ataupun tempat dia duduk tu kenalan dia punya tempat kan? jadi pendapat saya, isu ni kecik, dalam dia kata dapat pahala sedekah, dengan up post begini memburukkan saudara lain. di baca pulak 1 malaysia.

    • rara says:

      Sama2 jugak kita belajar bahawa COD bermaksud Cash On Delivery. Awak nak maksudkan deliver..guna je ‘deliver’. Kesian org lain yg nk belajar, dia ingatkan COD tu maksud ‘deliver’. Salah sama sekali. Peace

  4. sutun kurita says:

    sapa2 yg kenal laki bini yang jual ghambutan tu kem salam kat dia…ckp kat dia ati kasi bersih skit…kut prangai busuk camtu..ghambutan kau belum sempat org beli pon boleh cepat busuk..

  5. Jojo says:

    Biasa lah bila tenguk ada persaingan…terutama bila yang bersaing tu orang yang baru disitu dan wanita pulak…senanglah pakcik tu nak tengking bagai.

Loading...