Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zarina Zainuddin Didenda RM17,500 Jual Produk Kosmetik Tidak Berdaftar Dengan KKM

zarina zainuddin didenda

Sekarang ini ramai artis yang menjual produk kosmetik dan kesihatan. Sesetengah produk sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia tetapi yang menjadi masalah dan bahaya kepada pengguna adalah produk yang tidak mendapat sebarang kelulusan serta berpotensi mengandungi bahan kimia beracun.

zarina zainuddin didenda

Advertisement

Terbaru, pelakon drama popular Zarina Zainuddin didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini, atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi, Januari lalu.

Majistret, M Bharat menjatuhkan hukuman tersebut selepas Zarina mengaku bersalah ke atas enam pertuduhan terhadapnya yang kebanyakannya membabitkan kosmetik tidak berdaftar tanpa notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

zarina zainuddin produk kosmetik

Zarina menepis telefon bimbit wartawan yang bertugas di mahkamah

Bagi pertuduhan pertama, Zarina sebagai pengarah Syarikat Addura Marketing Sdn Bhd didakwa menjual satu set kosmetik mengandungi sekotak Addura Black Soap, satu bekas Addura Day Cream (tujuh gram), satu bekas Addura Night Cream (7 mililiter).

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa memiliki tiga set sama. Bagi pertuduhan ketiga hingga keenam, Zarina didakwa atas pertuduhan memiliki kosmetik yang tidak bernotifikasi masing-masing 68 kotak Addura Black Soap, 279 bekas Addura Day Cream, 89 bekas Addura Day Cream (tujuh gram) dan 205 bekas Addura Day Cream (10 mililiter).

Advertisement

zarina zainuddin kosmetik tidak lulus kkmZarina didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 18A (15) peraturan yang sama. Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 bagi kesalahan pertama atau maksimum RM100,000 bagi kesalahan kedua.

Pelakon wanita itu yang tidak diwakili peguam membuat rayuan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. Difahamkan Zarina pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama pada tahun 2008.

Sumber Berita & Foto : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

42 Comments

  1. Anonymous

    December 5, 2019 at 1:07 pm

    rokok lagi bahaya. tapi..tapi..tapii
    boleh jual pulak.
    si fening lalat

  2. zumbarina

    October 3, 2019 at 3:01 pm

    tengok packaging produk dia mcm dari thailand.. pkai bedak sejuk sudehhhh.. da berpuluh tahun bniaga, takkannnn la takde masa nak apply KKM..tak logik. kena report, kata kena aniaya. aku sebenornya tak berkenan dgn strategi bniaga ZZ ni kdg2.. mmg la simpati dgn ank2 autism dia, tapi byk kali caption dlm ig lepas tunjuk video, akan kluar ayat, Saya akan berniaga pulut kuning dia sekian sekian sekian tempat… apo?
    rega bole tahan yahudi wehh… adehh..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top