Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zarina Ann Julie Kena Tahan Di LCCT, Mengaku Ambil Dadah Jenis Ketamin

zarina ann julie

Apo nak jadi ~~
Apo nak jadi ~~
Apo nak jadi dengan Zarina Ann Julie ~~
Sampai sekarang buat hal lagi ~~ .

Advertisement

Memang tak habis-habis dengan kontroversi si anak pontianak nie. Malam semalam Zarina Ann Julie kena tahan plak kat LCCT sempena dengan Ops Perayaan Tahun Baru Cina. Time kena suruh buat ujian air kencing, Zarina Ann nie mengaku yang dia mengambil dadah jenis ketamin dan juga syabu. Memang hampeh betul la dia nie.

Tapi pengakuan si Zarina nie masih tak boleh diterima pakai sebab dia belum jalani ujian air kencing lagi. Pelik jugak kan? Kalau kami dah ngaku tue sumbat jer terus dalam lokap. Hehehe. Nasib baik polis Malaysia nie semua ikut protokol. Berikut adalah kata-kata Penolong Pengarah AADK Selangor, Nani Sikin:-

[note]Mereka tidak boleh disahkan lagi positif mengambil dadah sebelum ujian saringan air kencing dihantar ke Jabatan Patalogi untuk pengesahan. “Sekiranya kedua-dua mereka didapati positif mengambil dadah buat kali pertama, mereka akan diletakkan di bawah pengawasan komuniti oleh AADK. [/note]

Memang betullah kata Wardina yang artis Malaysia nie tak boleh dijadikan ikon langsung. Tak habis-habis dengan masalah, dengan kontroversi. Buat malu diri sendiri jer. Pening kepala dibuatnya. Sumber berita dari Mstar dan Kosmo Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top