Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Zarina Anjoulie Sindir Artis Tayang Harta Mewah Tapi Minta Bantuan Kerajaan

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai luahan hati segelintir artis yang ingin meminta bantuan kerajaan kerana ada  penggiat seni terjejas sumber pendapatan kerana tiada kerja susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Advertisement

Isu tersebut turut mendapat perhatian ramai artis termasuklah Zarina Anjoulie yang tidak bersetuju dengan cadangan beberapa rakan artis yang meminta bantuan kerajaan.

Menurutnya, artis sepatutnya memohon bantuan daripada persatuan seni seperti Persatuan Seniman atau mana-mana rakan selebriti.

“Tayang kemewahan macam kaya raya, tapi you guys have nothing”

View this post on Instagram

Advertisement

A post shared by BeautifulNara.com (@beautifulnaradotcom)

Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram, Zarina mengkiritik rakan artis yang meminta bantuan kerajaan, sedangkan mereka sebelum ini memperoleh pendapatan beribu-ribu ringgit dan menayangkan gaya hidup mewah di media sosial.

zarina anjoulie sindir rakan artis minta bantuan kerajaan

Netizen sokong Zarina berani bersuara

zarina anjoulie sindir artis minta bantuan zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan zarina anjoulie sindir artis minta bantuan kerajaan

Rata-rata netizen sokong dengan kenyataan Zarina itu dan memuji dia berani bersuara. Mereka berpendapat  kerajaan harus mengutamakan rakyat yang lebih memerlukan ketika saat genting disebabkan penularan wabak COVID-19.

Terdahulu, penyanyi Black Hanifah berkata lanjutan pelaksanaan PKP sehingga 14 April ini menjejaskan periuk nasi penggiat seni, dan berharap agar kerajaan memberi bantuan khusus kerana para artis sebelum ini sudah banyak membantu negara.  Namun, kenyataannya itu menerima kecaman hebat di media sosial kerana netizen menganggap lebih ramai rakyat yang hidup susah dan daif di luar  sana memerlukan bantuan berbanding golongan selebriti.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

8 Comments

  1. Hartini

    March 29, 2020 at 1:37 pm

    Artis2 yg dimaksudkan oleh tomok dn black layak dlm peruntukan ransangan ekonomi yg diumumkan oleh pm baru2 ni. Mrk hanya perlu mohon saja.

  2. Abg malek

    March 29, 2020 at 10:31 am

    Sambil menghentam mari makan ayam goreng berempah abg malek gerenti meletop mulut dan perut uolls ok.cuba ye….

  3. ToothFairy

    March 29, 2020 at 9:04 am

    Kalau tengok positive side nye, tomok, black dll tu bersuara maybe bagi pihak artis² yg lain yg xmampu nak bersuara yg bkn pgg watak utama or watak sokongan, yg xde bisnes sampingan semue tu. Bukan utk deorang. Hagaknye la..???

  4. ToothFairy

    March 29, 2020 at 9:04 am

    Kalau tengok positive side nye, tomok, black dll tu bersuara maybe bagi pihak artis² yg lain yg xmampu nak bersuara yg bkn pgg watak utama or watak sokongan, yg xde bisnes sampingan semue tu. Bukan utk deorang. Hagaknye la..???

  5. WeWa

    March 29, 2020 at 8:03 am

    Ye. Walaupun pompuan ni selalunya tahapehape tapi bab ni I setuju sangat. I pernah kerja buat even back in 2000-2004. Zaman tok kadok tu pun kalau minta diorang buat show, sejam je pun dah telan ribu-ribu. Budak kerja mekdi, kerja kerani, cikgu, nurse semua kerja berbulan-bulan nak dapat income macam diorang buat show sejam. I pernah gak berlakon tahun 2004 jadi watak sokongan (bukan extra hokeh?), kerja 28 hari, ada 29 babak yg nampak muka I pun dah dapat RM3500. Apatah lagi yang pegang watak utama? Berpuluh ribu kau! Itu tahun 2004 so sudah semestinya tahun 2010 ke atas fee bayar show menyanyi ke berlakon ke mesti meletopletop. So, betul lah bila pompuan ni sound. Tak menyimpan ke sampai nak minta bantuan khusus bagai kan? Apply jer la macam rakyat Malaysia yg lain kalau dah sengkek sangat!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top