Semalam, pelakon Sharifah Sakinah telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung salah faham antaranya dan Zarina Anjoulie sebelum ini. Susulan itu, Zarina juga tampil melakukan perkara yang sama dan mengakui segala kesilapannya.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagramnya, dia meminta agar netizen berhenti mengecam Sakinah yang dikatakan tidak ikhlas memohon maaf. Menurut Zarina, aktres itu sudah pun menghantar mesej kepadanya memohon maaf diatas perselisihan pendapat antara mereka sebelum ini.
Terdahulu, Sakinah menyelar sikap Zarina yang didakwa cuba mengambil kesempatan apabila lantang bersuara mengenai tindakan segelintir artis yang mengharapkan bantuan khusus daripada kerajaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada masa yang sama, Zarina juga meminta maaf kepada Fizo Omar selepas membalas komen aktor itu dengan nada kasar sehingga mencetuskan perbalahan. Dia mengakui tindakannya melemparkan kata-kata negatif itu terlalu mengikut perasaan.
Dalam pada itu, Zarina berkata dia tetap akan meneruskan saman terhadap tiga orang artis yang didakwa memakinya sebelum ini menerusi aplikasi Telegram.Bagaimanapun, dia tidak menyebut siapakan artis berkenaan.

Anonymous
April 5, 2020 at 2:37 pm
bagi aku kalau apa yg si anju ni cakap betul…kita kena akui dan ambil pengajaran…tapi kalau kita ni just judgemental…asyik pandang kat rambut kuning dia je…pandang tattoo dia je…memang sampai bila2 la tak boleh terima nasihat dia…tak perlu jadi sempurna untuk buat baik
Axenz Axtiz
April 5, 2020 at 12:45 pm
Kenapa ngan Bibir dia tu? Injection kasi besar ke ?
Abg malek
April 5, 2020 at 7:56 am
Dia ni anjolina jolie malaysia okey. Dia hotstuff..ko jealous sbb ko buruk dan gemok jer
Menyampah
April 5, 2020 at 6:36 am
Siapa dia ni..releven lg ke dalam industri semi.cara buat kontrovesi utk naikkan nama yg dh X laku Tu.ko main kutuk2 org..sendri yg selekeh ..gi kelab malam Sana sini..bajet cunn lebih la minah