Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie Lacovah mendedahkan dia telah hamil beberapa bulan lalu namun mengalami keguguran baru-baru ini.
Zarina atau lebih mesra disapa sebagai Anju itu berkongsikan berita duka tiu menerusi sebuah entri di ruangan media sosial Instagram miliknya pada hari Rabu lalu.
Dia dilihat telah berkongsikan mengenai bahaya dan kesan sampingan melakukan suntikan ‘filler’ terlebih dahulu sebelum memberitahu mengenai berita kegugurannya secara tidak sengaja.
View this post on Instagram
Meskipun begitu, pelakon yang sering saja dihimpit kontroversi ini kelihatan tenang dan menerima takdir dengan hati yang redha. Dia turut mengatakan akan terus mencuba dalam usaha mendapatkan zuriat selepas membuang ‘filler’ yang telah dilakukannya di bahagian payudara.
Menurut Anju, dia mengambil keputusan untuk membuang ‘filler’ itu setelah payudaranya membengkak kerana hormon ibu mengandung. Perkara itu telah membuatnya berfikir akan kesan sampingan di masa hadapan jika dia ditakdirkan hamil lagi.
View this post on Instagram
“Beberapa bulan lepas Anju mengandung tapi gugur. Bukan nak cerita kesian kat vidoe ini cuma nak beritahu. Tak ada rezeki kan tapi Anju cuba nak pregnant lagi.It was my choice untuk letak barang terlarang dalam badan aku. Jangan salah anggap dengan video ini atau jangan salahkan tempat aku pergi buat ‘filler’ dulu ya. Video ini dikongsi sebab sekurang-kurangnya korang semua tahu apa nak buat selepas ini.”
Video kesedaran mengenai kesan bahan terlarang yang disuntik dalam tubuh badan itu telah mendapat hampir 150,000 tontonan dan Anju turut berharap mereka di luar sana mendapat manfaat daripada apa yang telah dikongsikannya kepada masyarakat.