Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Zarina Anjoulie Hentam Pakar Buah Pinggang, Minta Buat Ceramah Percuma Untuk Pengasas Produk

Di era media sosial ini, ramai mengambil peluang berniaga, terutamanya produk seperti suplemen dan rangkaian penjagaan kulit. Ia laku bak pisang goreng panas dan ramai juga dalam kalangan mereka ini terdiri dari selebriti.

Zarina Anjoulie ialah antara selebriti yang melibatkan diri dalam perniagaan produk kecantikan di media sosial. Terbaru, Zarina telah mengeluarkan kritikan pedas terhadap pakar buah pinggang yang aktif menimbulkan kesedaran mengenai bahaya suplemen Internet di media sosial, Dr Rafidah Abdullah berikutan kebanjiran ‘produk-produk sampah’ di pasaran yang diasaskan oleh ‘pengasas sampah’. Keselamatan produk-produk ini kepada pengguna tidak dapat dipastikan.

Advertisement

Berikutan itu Zarina telah memuat naik satu tulisan ke Instagramnya, mengkritik keras Rafidah dan meminta pengamal perubatan itu membantu pengasas memajukan diri dengan memberi ceramah secara percuma kepada pengasas.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.



Zarina turut menggelar Rafidah ‘manusia sampah’ dan megenakan ‘harga yahudi’ untuk diagnosis pesakit yang medapatkan rawatan.

Tulisan Zarina menjadi viral di Twitter dan menyebabkan dirinya dikritik Netizen.

Advertisement

Malah ada yang meminta Rafidah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina kerana memfitnah (tentang cas harga yahudi, kerana Rafidah bekerja di hospital kerajaan dan tidak mengenakan harga bagi pihaknya).


Tulisan itu kini tidak kelihatan lagi di Instagram Zarina, dipercayai sudah dipadamkan. – beautifulnara.com

Sumber: Injang Nation

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

49 Comments

  1. greenfingers

    August 29, 2018 at 8:28 am

    Klu Dr Rafidah tu pikir psl duit, dh lama la woi dia join private. Dgn experience n reputation dia tu, bila2 blh join private. Visiting hospital dia pon cuma dua je. Mmg btl org ckp lg susah nk educate org bodoh ni plus pakej sombong mcm ni. Ada sb knapa certain doktor yg experience in specialist more than 5 years or amik mana2 fellowship yg prefer stay dgn gomen compare join private. Sb org mcm Dr Rafidah ni prefer contribute skills dia utk netizen, nk educate rakyat bodoh tp xdgr ckp mcm kau ni la. Environment gomen hospital hectic sgt2 ok compare dgn private. N dia masih luangkan masa dlm media sosial utk educate kita sume sb dia dh jupe mcm2 org yg sakit sb consume produk sampah. Bnda pree la tu sb klu dia x aktif share psl kes2 yg dia jupe tu, kes2 pki produk yg ntah hape2 ni makin meningkat. Ada x pikir halal ke x rezeki kau tu klu jual produk yg menjahanamkan buah pinggang org??

  2. Sedih

    August 29, 2018 at 8:10 am

    Semakin byk produk mknn tambahan skrg ni dipasaran..atas nama mknn tambahan bkn atas nama ubat tu yg sukar utk dibendung..hrp2 pihak persatuan pengguna m’sia bole pantau..Naik seramlah ramai makcik/pakcik dikg2 dh pandai ambil benda alah nii..kaki kejang,asam urat x leh bengkok sbb urat saraf n kurang vitamin,kalsium dll..maklum dah berusia tapi bila minum/mkn produk sampah mereka eeh.. ehh.. dh bole lari pulak dah..ajaib sgt2.. dah tentu dlm tu ada byk dadah..tlglh jgn simply2 amik tanpa nasihat doktor yg bertauliah..tu yg semakin ramai org sakit buah pinggang..kos rawatan buah pinggang mmg mahal.

  3. Gambar Panas Ayu?

    August 29, 2018 at 7:33 am

    Adoi doktor plak yg kena sound..org yg nk jd doktor ni bukan calang2..4,5,6 tahun utk jd doktor..belajar tu belajar ni..bidang perubatan tu sndiri luas..x elok perkecilkan org lain..ape yg doktor tu bgtau pn benda betul yg berlaku skrg dlm masyarakat..kalau doktor tak bg pendapat takkan nak suruh pawang buaya plak nk bg pendapat

  4. Ntah la nak

    August 29, 2018 at 1:15 am

    Apa tah yg harga yahudi. Aku ni selalu check in ward 7B selayang (bahagian buah pinggang). Aduhh sedih baca statement dia maki doc rafidah. Klau la dia tgk mcm mana environment ward nephro, taktau la nk bagi statement bodoh mcm ni ke tak. Bertapa struggle gila doctor dgn nurse aku tgk. Doctor suryati, dr affah, dr ester semua ni sgt concern dgn patient dia even patient maki dorang after dorang bagitau patient kena start dialisis. N mostly patient2 ni semua mengaku ada amek product sampah. Btw aku masuk situ bukan sbb product sampah tp aku ada SLE.

  5. Bawang putih

    August 28, 2018 at 5:10 pm

    Btol la doc tu ckp produk sampah.Ko sendiri pun xbuat ape2 main jual je beli timbang tau2 nk duit letak nama sendiri.Ko tak tau ke berapa ramai org dah rosak buah pinggang sbb makam produk2 mcm ni yg pmpuan lagi teruk hormon semua kucar kcir tula yg boleh kena ovarian cyst fibroid silap2 kanser.Buah pinggang pun kalau da rosak ingt senang ke kak nk ganti dah mcm nyawa.

    • Rara

      August 29, 2018 at 2:02 am

      Ubat dia bukan pil telan. Dia jual love spray ilang keputihan di vagina

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top