Di era media sosial ini, ramai mengambil peluang berniaga, terutamanya produk seperti suplemen dan rangkaian penjagaan kulit. Ia laku bak pisang goreng panas dan ramai juga dalam kalangan mereka ini terdiri dari selebriti.
Zarina Anjoulie ialah antara selebriti yang melibatkan diri dalam perniagaan produk kecantikan di media sosial. Terbaru, Zarina telah mengeluarkan kritikan pedas terhadap pakar buah pinggang yang aktif menimbulkan kesedaran mengenai bahaya suplemen Internet di media sosial, Dr Rafidah Abdullah berikutan kebanjiran ‘produk-produk sampah’ di pasaran yang diasaskan oleh ‘pengasas sampah’. Keselamatan produk-produk ini kepada pengguna tidak dapat dipastikan.
Berikutan itu Zarina telah memuat naik satu tulisan ke Instagramnya, mengkritik keras Rafidah dan meminta pengamal perubatan itu membantu pengasas memajukan diri dengan memberi ceramah secara percuma kepada pengasas.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Zarina turut menggelar Rafidah ‘manusia sampah’ dan megenakan ‘harga yahudi’ untuk diagnosis pesakit yang medapatkan rawatan.
Tulisan Zarina menjadi viral di Twitter dan menyebabkan dirinya dikritik Netizen.
According to her statement: YA KAMI BODOH TAPI KAMI TAK PATUT DITUNTUT UNTUK CARI ILMU! ILMU KENA CARI KAMI!!
— 21ku (@InjangNation) August 28, 2018
Level bodoh dia ni habeh meter lah orang kata. Hang nak buat produk hang la buat research.
— Mok (@aidalogy) August 28, 2018
Sejak bila dia ni ibu tunggal? Org kena bg free talk utk kau? Seriously? Nak buat anak pun kena usaha dik.
— N A F (@lynn_ibrahim76) August 28, 2018
Kenapa dah kaya tapi nak free talk lagi?
— Lajuan (@radzuanismail_) August 28, 2018
Create awareness yes tu sebahagian dari doctor punya job. Tapi nak bgbtalk itk majukan pekerjaan rasanya tu bukan kerjaya doc. Ni pesen x fikir sebelom bercakap la ni
— s??v??????r??????v??????h?????? (@sasararawr) August 28, 2018
eh eh kelaka pulak awek sorg ni ..dia nk buat product kecantikan..lepas tuh minx talk free..abah dia lah..kau yg nak berbisnes xde ilmu dah kenapa..bodoh ko dgn makeup ko sama tebal..
— tukangcarut (@tukangcarut1) August 28, 2018
Malah ada yang meminta Rafidah mengambil tindakan undang-undang terhadap Zarina kerana memfitnah (tentang cas harga yahudi, kerana Rafidah bekerja di hospital kerajaan dan tidak mengenakan harga bagi pihaknya).
Dr @rafidah72 . Please take a legal action towards her for the defamation
— Panda ?? (@ajidddddd) August 28, 2018
Tulisan itu kini tidak kelihatan lagi di Instagram Zarina, dipercayai sudah dipadamkan. – beautifulnara.com
Sumber: Injang Nation