Zarina Anjoulie Dedah Pernah Ditertawa Orang Kerana Pandu Satria Neo

Hiburan

Zarina Anjoulie Dedah Pernah Ditertawa Orang Kerana Pandu Satria Neo

Akui pernah ditertawa orang kerana hanya memandu kereta Proton Satria Neo, pelakon Zarina Anjoulie langsung tidak memperdulikan tohmahan tersebut.

zarina anjoulie ditertawa pandu satria neo

Advertisement

Menurut Zarina beliau menganggap ia merupakan satu-satunya kereta kegemarannya hingga kini meskipun telah lama menggunakannya.

“Bila Anju pandu kereta ini orang gelakkan Anju “eee artis bawak satria je.”

Tambah Zarina, beliau difahamkan tidak akan meninggalkan kereta tersebut. Hal ini kerana, kereta itu dianggapnya bagai bayinya sendiri.

Zarina bagaimanapun mendedahkan beliau juga turut mempunyai kereta lain namun masih setia dengan proton satrianya kerana banyak jasa kereta berkenaan telah sumbangkan ketika susah senang hidupnya.

Perkara itu dikongsi Zarina di laman Instagram miliknya. Menerusi entri berkenaan Zarina memuat naik foto keretanya yang dikhabarkan mahu dicat semula.

Posting yang mendapat ribuan tanda suka itu dihujani pelbagai reaksi daripada para pengikutnya. Menjengah ke ruangan komen, warganet seakan mengecam tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mentertawakan Zarina susulan memilik kenderaan berkenaan.

Walau bagaimanapun, tindakan Zarina itu dipuji netizen kerana masih mengekalkan sikap rendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk hartanya. Malah menganggap Zarina bagai selebriti contoh yang tidak cepat melupakan asal usulnya.

zarina anjoulie ditertawa pandu satria neo

Untuk rekod, Zarina sebelum ini mendapat perhatian netizen kerana berani bersuara berkenaan isu yang terjadi di Malaysia. Malah tindakan Zarina membantu golongan yang memerlukan susulan pandemik COVID-19  tempoh hari juga dipuji netizen dan mengagumi peribadi Zarina yang tidak berkira dalam melakukan kerja amal.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...